View: 209|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Pekerja kontrak dituduh culik kekasih pada pagi 1 Syawal
[Copy link]
|
|
MOHAMAD Khairul Firdaus (dua dari kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini bagi dituduh atas kesalahan menculik seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dalam kejadian di Felda Gugusan Raja Alias, di Jempol pada 22 April lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
KUALA PILAH: Seorang pekerja kontrak didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini atas pertuduhan menculik seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dalam kejadian di Felda Gugusan Raja Alias, di Jempol, awal pagi 1 Syawal baru-baru ini.
Tertuduh, Mohamad Khairul Firdaus, 26, berasal dari Pekan, Pahang, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti.
Berdasarkan pertuduhan, pada 22 April lalu, kira-kira pukul 5.30 pagi, di hadapan sebuah rumah di sebuah felda, dia telah menculik seorang remaja perempuan daripada penjaga yang sah.
Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 361 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan akta yang sama yang mana boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah memberikan jaminan memandangkan dia kini menanggung kedua ibu bapanya.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan syarat tidak mengganggu mangsa dan tertuduh diarahkan melapor diri di balai polis berhampiran sebanyak dua kali sebulan sehingga kes selesai. Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Mei ini di Mahkamah Majistret Bahau.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa telah berkenalan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp pada bulan Disember tahun lalu dan menjadi pasangan kekasih selepas beberapa hari.
“Mangsa telah dijemput pada malam raya sebelumnya dan pada pukul 5.30 pagi ketika suspek mahu menghantar mangsa telah dlihat oleh ibu saudara mangsa yang kemudiannya telah menjerit.
“Keadaan itu telah menyebabkan suspek panik dan lari bersama mangsa dengan menaiki kenderaan yang digunakan sehingga ke rumah suspek di Pekan, Pahang,” katanya lagi.-UTUSAN.
https://www.utusan.com.my/berita ... pada-pagi-1-syawal/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|