CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Selangor] Tiga parah terbabas dikejar polis pandu kereta curi

[Copy link]
Post time 27-4-2023 04:51 PM | Show all posts |Read mode

Kereta jenis Satria Neo yang terbabas dalam kemalangan di susur keluar Putra Heights, Lebuh Raya Elite, Subang Jaya, awal pagi tadi.


SUBANG JAYA – Cemas diekori polis ketika memandu kereta yang dilaporkan hilang, sekumpulan individu termasuk seorang kanak-kanak terbabas di susur keluar Putra Heights, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian berlaku sewaktu kereta peronda polis membuat rondaan berkala di sekitar kawasan USJ lalu terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Satria mencurigakan, pada pukul 1.05 pagi.

Katanya, kenderaan itu dinaiki dua lelaki dan seorang perempuan tempatan berusia 20–an hingga 30-an dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun.

“Selepas membunyikan siren serta menyalakan lampu biru untuk mengarahkan suspek berhenti bagi tujuan pemeriksaan, namun suspek bertindak melarikan diri sehingga melanggar palang Tol Seafield.

“Sampai di lokasi kejadian, suspek bertindak membelok secara agresif dan hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Azlan, hasil pemeriksaan awal mendapati tiga individu di dalam kereta tersebut mengalami cedera parah manakala kanak-kanak lelaki itu hanya mengalami cedera ringan.

Jelas beliau, kesemua suspek telah dibawa ke Hospital Putrajaya oleh ambulans untuk rawatan lanjut.

“Punca suspek melarikan diri adalah disebabkan kereta yang digunakan masih dilaporkan hilang di kawasan Shah Alam.

“Kesemua suspek dewasa mempunyai rekod jenayah lampau dan salah seorangnya masih dikehendaki dalam kes dadah di daerah Hulu Selangor,” ujarnya.

Bagaimanapun, Wan Azlan memaklumkan, kesemua belum ditahan kerana masih tidak sedarkan diri di hospital.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan memandu secara gopoh di jalan awam,” ujarnya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil memberikan kerjasama dengan menghubungi nombor telefon 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya). Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... -pandu-kereta-curi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.037636 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list