View: 138|Reply: 0
|
Perjuangan belum berakhir - Guardiola
[Copy link]
|
|
GUARDIOLA mahu anak didiknya terus fokus kerana bukan masa untuk dibuai mimpi. FOTO AFP
London: Pep Guardiola memberi amaran kepada barisan pemainnya di Manchester City bahawa perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) belum berakhir walaupun juara itu menang pada perlawanan penting menentang pendahulu liga, Arsenal.
Pasukan Guardiola menumpaskan Arsenal 4-1 di Stadium Etihad Rabu lalu dan kini hanya dua mata di belakang The Gunners dengan dua perlawanan dalam tangan.
City di tempat kedua akan menyingkirkan Arsenal dari petak pertama jika menentang di Fulham esok.
Tetapi di sebalik cengkaman kuat City terhadap pemburuan gelaran, Guardiola tidak berhasrat untuk membiarkan bintangnya dibuai dengan kejayaan mereka.
"Orang ramai mula mengatakan mereka sudah boleh merasakan ia sudah berakhir, tetapi ia belum berakhir.
"Ia akan berakhir apabila ia berakhir, dan ia belum berakhir," kata Guardiola.
"Kami masih mempunyai tujuh perlawanan. Setiap perlawanan yang kami mainkan adalah istimewa untuk lawan dan diri kami sendiri. Kami perlu melakukan tugas dengan baik."
City harus menang dalam enam daripada tujuh baki perlawanan liga mereka bagi menjamin gelaran kelima dalam enam musim.
Mereka perlu menunggu sehingga minit terakhir musim sebelum boleh meraih gelaran pada kempen lalu dengan menunjukkan kebangkitan penuh dramatik menentang Aston Villa dan Guardiola tidak mahu mengambil mudah mengenainya.
Selepas kunjungan ke Fulham esok, City dijadual melayan kunjungan West Ham dan Leeds ketika tempoh genting termasuk pertembungan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -berakhir-guardiola |
|
|
|
|
|
|
| |
|