CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 220|Reply: 0

[Perak] Bapa tiri didakwa rogol, laku seks luar tabii terhadap anak

[Copy link]
Post time 29-4-2023 12:21 PM | Show all posts |Read mode

Ipoh: Seorang pencuci kereta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap anak perempuan tirinya yang berusia tujuh tahun, Februari lalu.

Lelaki berusia 26 tahun dari Manjung itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol anak tiri di sebuah rumah di Manjung, Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah dikenakan tidak kurang dari 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa melakukan seks luar tabii terhadap kanak-kanak itu di tempat dan tahun yang sama.

Dalam prosiding sama, tertuduh bersama isterinya berusia 30 tahun yang mengandung 10 minggu turut didakwa atas pertuduhan mengabaikan mangsa, Januari lalu.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan itu.

Mengikut kertas pertuduhan, pasangan terbabit didakwa mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan di bahagian badan pada Januari lalu di lokasi sama.

Bagi perbuatan itu kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj memohon mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh.

Bagaimanapun, ibu kandung kanak-kanak itu menangis memohon diberikan jaminan kerana dia kini mengandung dua bulan dan tidak mempunyai pekerjaan.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap pasangan yang tidak diwakili peguam itu dan menetapkan 26 Mei depan untuk sebutan semula.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tabii-terhadap-anak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.029921 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list