CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

'Liga Europa pun Liga Europa lah' - Klopp

[Copy link]
Post time 29-4-2023 12:36 PM | Show all posts |Read mode

Gambar fail, reaksi pengendali Liverpool, Juergen Klopp ketika meraikan kemenangan pasukannya menentang West Ham United. - Foto REUTERS

LONDON: Liverpool akan mengambil peluang untuk layak ke Liga Europa dengan pasukan sudah berusaha sebaik mungkin pada musim yang disifatkan mengecewakan.

Perkara itu dimaklumkan pengendali pasukan, Juergen Klopp menjelang kunjungan Tottenham Hotspur untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), esok.

Liverpool berada di tangga ketujuh, enam mata di belakang penghuni tangga keempat Manchester United dengan mereka sudah pun beraksi lebih satu perlawanan dan pada masa ini, tampak sukar untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara.

Ditanya sekiranya mereka gembira untuk bermain di Liga Europa, Klopp berkata: "Kami mengambil apa yang kami dapat. Bukan kami berkata yang ia akan menjadi menarik pada awal musim tetapi musim ini mengajar kami beberapa perkara. Sekiranya ia Liga Europa maka ia Liga Europa.


"Saya mahu bermain bola sepak yang terbaik mungkin. Kami perlu fokus kepada perlawanan seterusnya iaitu Tottenham. Apa yang berlaku pada minggu mendatang adalah sangat penting untuk musim depan."

Liverpool bergelut dengan konsistensi pada musim ini tetapi menewaskan West Ham 2-1 di laman lawan pada Rabu untuk meraih kemenangan ketiga liga berturut-turut buat kali pertama tahun ini.

"Masih terlalu awal untuk bercakap mengenai konsistensi. Saya gembira dengan tahap prestasi pada masa ini kerana saya dapat melihat banyak perkara diinginkan dalam perlawanan dan ia sesuatu yang menggembirakan buat jurulatih," kata Klopp.

"Kami mahu fokus kepada pasukan kami sendiri tetapi tidak boleh mengabaikan kualiti lawan. Sentiasa ada sesuatu yang boleh dipertingkatkan.

"Saya sememangnya OK dengan pasukan pada masa ini tetapi kami perlu kekal fokus dan membuktikan perkara paling penting dalam bola sepak adalah meraih tiga mata."

Esok, Liverpool akan bertemu Spurs yang tidak meraih kemenangan dalam tiga perlawanan sebelum ini dan dimalukan 6-1 oleh Newcastle United, Ahad lalu. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... ga-europa-lah-klopp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.032285 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list