CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

[Perak] Cuaca panas melampau jejas tanaman anggur, buah tin

[Copy link]
Post time 29-4-2023 04:32 PM | Show all posts |Read mode

Hishamuddin menunjukkan putik buah anggur ditanamnya yang terjejas akibat cuaca panas melampau. - NSTP/ROSMAN SHAMSUDIN.

SLIM RIVER: Cuaca panas melampau yang melanda daerah ini, sekali sekala disusuli hujan pada sebelah petang atau malam dalam tempoh singkat turut menjejaskan tanaman anggur dan buah tin diusahakan seorang jurutera di sini.

Ia dipercayai disebabkan perubahan suhu yang meningkat secara mendadak dan mengejut dalam rumah pelindung hujan (RPH) yang menjadi tempat menanam dua jenis buah berkenaan.

Jurutera awam, Hishamuddin Othman, 58, berkata cuaca sedemikian memang memberi kesan kepada pokok anggur yang sedang berbunga dan mengeluarkan putik sebelum mengeluarkan hasil yang dijangka pada Jun depan.

"Kesannya dapat dilihat selepas bunga luruh dan putik buah jadi kering, malah kelihatan berkarat, sekali gus bakal jejaskan hasil. Cuaca sebelah siang memang panas, kadangkala pada sebelah petang atau malam hujan, menyebabkan suhu dalam RPH tak stabil atau tak tentu.


"Bayangkan pokok anggur jenis 'jupiter', 'dixon' dan 'faith' yang terkenal dengan daya tahan pada cuaca panas pun boleh terjejas, apatah lagi pokok anggur jenis lain," katanya ketika ditemui di Muallim Hortigard & Nursery, dekat sini.

RPH terletak di tepi Jalan Ipoh-Kuala Lumpur itu menempatkan kira-kira 52 pokok anggur ditanam secara fertigasi dan sebelum ini mampu mengeluarkan lebih 800 kilogram (kg) hasil.

Akibat cuaca panas, Hishamuddin menjangkakan hasil keluaran anggur akan menyusut kepada hanya kira-kira 400kg pada Jun depan.

"Buah tin yang juga ditanam dalam RPH turut terjejas dari segi kualiti dan kuantiti. Ada kira-kira 144 pokok buah tin ditanam dengan kaedah fertigasi. Cuaca menyebabkan warna buah tin jadi tidak sekata.

"Biasanya buah tin yang masak akan berwarna merah sepenuhnya, tapi kini sebaliknya, malah terdapat bintik-bintik pada buah berkenaan walaupun dari segi rasa, ia tetap sama," katanya yang mengusahakan tanaman buah tin di situ sejak dua tahun lalu.

Bagi memastikan pokok berkenaan mampu bertahan dengan keadaan cuaca ketika ini, dia perlu menyiram secara berkala berbanding hanya dua kali sehari dalam keadaan biasa.

https://www.bharian.com.my/berit ... man-anggur-buah-tin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.032983 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list