CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11207|Reply: 0

Tips membeli madu asli

[Copy link]
Post time 8-12-2010 05:21 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by cmf_Presa1200 at 11-12-2010 06:03

sy nak kongsi tips utk beli madu asli dari ape yg sy pnah baca dan pengalaman diri sy:

-madu yg asli biasanya ade buih2 putih ataupun bendasing semulajadi mcm bintik2 hitam terapung kat atas permukaannya. benda2 ni adalah sisa drpd tapisan semasa tukang mengumpul madu.

-cuba perhatikan setiap batch madu yg dihasilkan oleh syarikat berkenaan. kalo kualiti dan warna berbeza2 maknanya madu yg dijual oleh syarikat tu mmg asli.

-ataupun cuba tgk syarikat tersebut ade tak jual variasi madu yg lain, cth madu dari bunga yg berlainan. kalo ade maksudnya syarikat tu mmg pengusaha madu yg serius dan bukan main campur dgn gula ataupun sirap.

-perhatikan kadang2 ade madu yg dpt logo certified organic. kalo nak selamat beli dari kedai organik.

-kalo musykil terhadap brand tersebut cuba cari website dan nilai sndiri sejauh mana benar dakwaan syarikat tersebut.

-madu asli yg bagus biasanya tidak dipanaskan, kala ye pun kilang hanya akan panaskan dgn suhu yg rendah sekadar utk cairkan madu.

-kalo nak test kat rumah, angkat 1 sudu besar madu tinggi2 dan tuang plahan2 ke dlm cawan, kalo madu yg ori jalur halus tu tak senang putus.

-biasanya madu asli takkan larut dlm air dgn sndiri tanpa kacauan yg kuat (ia akan kekal mcm lumps). ini sgt berbeza dgn madu yg dah dicampurkan dgn gula dan sirap.

-menggunakan api: ½ sudu besar madu lebah dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna kemungkinan besar ianya palsu. madu lebah asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan. (tips dan gmbr drpd madu tualang Syairtimur)



drpd penilaian sy rase brand2 madu ni boleh dipercayai ketulenannya:

Madu Tualang Syairtimur - merupakan sebuah syarikat yg diusahakan oleh org islam dan mpunyai bbrp cawangan kiosk spt di giant sec13 shah alam, giant kelana jaya, ampang point, kompleks agrobazaar FAMA dsb. madu tualang yg dijual oleh syarikat Syairtimur dikumpul, ditapis, diperah dan diproses oleh pengusaha sndiri syarikat tersebut. harga RM58 sebotol 500g

web: http://www.syairtimur.blogspot.com/



El Brezal honey - dikeluarkan oleh syarikat yg berasal dari Sepanyol. syarikat tersebut sudah lama berniaga dan menawarkan bbrp jenis madu mengikut tempat dan bunga yg dikumpulkan oleh lebah spt Wildflower honey, forest honey, rosemary honey, eucalyptus honey, orange blossom honey dll. harga RM35 sebotol 500g



Sweet Meadow New Zealand - sebuah syarikat berasal dari New Zealand yg menawarkan mcm2 jenis madu spt Manuka, Kamahi, Wildflower, Blue Borage, Rewarewa dan sebagainya. 2 drpd produk syarikat tersebut pernah diuji dan dipaparkan dlm majalah "Flavour" dgn memperolehi rating 3-star (very good). syarikat Sweet Meadow pnah jugak sponsor bbrp ahli sukan dari New Zealand. harga: Manuka RM30++ sebotol, madu biasa RM18++ sebotol.

web: http://www.nzhoney.co.nz/



Woodland's honey - Woodland Honey NZ Ltd has been established for 10 years in the production of Manuka honey. We have an excellent reputation and export worldwide. Our honey is produced totally naturally and extracted without heat and finally packed without creaming to retain its natural flavour and antibacterial properties. harga Manuka UMF 5% active RM50++

web: http://www.radiantwholefood.com.my/product.php?procat=92&subcat=115&proid=114

  

Why not? certified organic honey - merupakan brand yg diusahakan oleh syarikat organik Blue Oasis yg bertapak di malaysia. madu yg dijual oleh syarikat tesebut diimport dari New Zealand. harga RM48 sebotol 500g

web: http://www.whynotorganic.com.my/ProductDetails.asp?ProductCode=9555199005196



sape2 yg ade cadangan atau pnah try brand madu asli yg lain bolehlah kongsi di sini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.107311 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list