View: 186|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Lelaki tembak rakan disangka kijang direman 7 hari lagi
[Copy link]
|
|
SENAPANG buatan sendiri yang digunakan suspek sebelum tertembak rakannya yang disangka seekor kijang. FOTO Ihsan Polis
Jelebu: Tempoh reman seorang lelaki yang menembak rakannya disangka seekor kijang menggunakan senapang buatan sendiri disambung tujuh hari lagi.
Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, suspek berusia 52 tahun sebelum itu direman selama enam hari sehingga semalam sebelum disambung hingga 7 Mei.
Katanya ia bagi membolehkan polis meneruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.
"Siasatan awal terhadap suspek yang mengakibatkan kematian mangsa berusia 61 tahun masih dijalankan," katanya ketika dihubungi.
Media sebelum ini melaporkan suspek menembak rakannya yang disangka seekor kijang kira-kira jam 5 pagi 24 April lalu.
Suspek kemudian menyerah diri pada 10.30 malam hari sama di Balai Polis Titi sebelum menunjukkan lokasi kejadian berlaku.
Mayat mangsa dibawa keluar dari lokasi kejadian di kawasan hutan Muka Sauk, Jelebu kira-kira jam 2 pagi 25 April lalu.
Suspek juga mendakwa senapang buatan sendiri dan peluru yang digunakan untuk berburu adalah milik si mati.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... direman-7-hari-lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|