View: 186|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Empat lagi pelatih TUDM didakwa dipukul
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Datuk_Seri_Ramli_Mohamed_Yoosuf_1683094204.jpg)
DATUK Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
Kuala Lumpur: Polis mengesahkan terdapat empat lagi pelatih kursus Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendakwa dipukul dalam kejadian buli pada 12 April lalu di Pangkalan Udara Kuantan.
Keempat-empat pelatih yang menjalani kursus latihan sama dengan pengadu dikatakan dipukul oleh anggota TUDM yang lebih senior ketika dipanggil untuk membantu siasatan kes buli seorang pelatih.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pada masa ini siasatan lanjut masih dijalankan oleh pegawai penyiasat termasuk mendapatkan laporan perubatan.
"Siasatan setakat ini turut mendapati empat lagi pelatih kursus latihan sama dipukul dalam kejadian itu.
"Setakat ini enam orang suspek sudah dikenal pasti dan sudah dipanggil bagi tujuan siasatan kerana disyaki terbabit dalam kes ini," katanya kepada BH hari ini.
Ramli berkata, tindakan siasatan bagi merakamkan percakapan saksi bebas sedang turut dilaksanakan pada masa ini.
"Selain itu pihak polis turut sedang mendapatkan laporan penuh perubatan terhadap mangsa yang mendakwa dibuli bagi melengkapkan siasatan.
"Sebaik kertas siasatan dikemaskini, pihak polis akan merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja.
Kelmarin, tular di media sosial Twitter mengenai luahan seorang wanita mendakwa adik lelakinya dibuli di pusat latihan tentera udara.
Wanita terbabit turut berkongsi gambar beberapa anggota tentera berpangkat koperal yang didakwa membuli adiknya ketika menjalani latihan.
Bapa kepada mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kes buli yang berlaku ke atas anaknya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... udm-didakwa-dipukul |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|