CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 259|Reply: 0

[Selangor] Polis buru pencabul wanita

[Copy link]
Post time 3-5-2023 02:52 PM | Show all posts |Read mode

RAKAMAN CCTV menunjukkan mangsa dicabul seorang lelaki di tepi jalan sebuah kawasan perumahan di Sea Park, Petaling Jaya, yang tular di media sosial.

Petaling Jaya: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dicabul seorang lelaki ketika berada di tepi jalan sebuah kawasan perumahan di Sea Park, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa iaitu seorang wanita berusia 20 tahun jam 8.27 malam, Jumaat lalu.

"Menurut mangsa, ketika kejadian, dia berjalan di kawasan perumahan itu sebelum tiba-tiba dipeluk dari arah belakang oleh suspek.

"Suspek yang berpakaian hitam dan memakai pelitup muka serta bertopi warna hitam itu kemudian melarikan diri," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya sedang mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 untuk tindakan lanjut," katanya.

Terdahulu, satu video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit 59 saat menunjukkan mangsa dirangkul dari belakang oleh suspek tular di media sosial, sejak semalam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uru-pencabul-wanita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.060672 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list