CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

[Melaka] Apa nak jadi, bekas polis jadi penjenayah!

[Copy link]
Post time 3-5-2023 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Melaka: Seorang bekas anggota polis diberkas selepas dikesan terbabit dengan kes samun berkumpulan menggunakan pisau.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Cawangan Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sebuah rumah di Tangga Batu, Tanjung Kling, di sini, jam 12 tengah hari semalam.

Menurutnya, suspek berusia 35 tahun dikatakan menyerang seorang penjual sayur berusia 25 tahun ketika mangsa sedang meletakkan kenderaan di hadapan rumah di Taman Bukit Cheng, Sabtu lalu.

"Suspek yang menunggang motosikal bersama seorang lagi rakan mengacukan pisau di leher mangsa dan mengarahkannya menyerahkan wang serta barangan berharga.

"Akibat ketakutan mangsa menyerahkan wang tunai RM400 dan telefon bimbit.

"Sejurus menerima laporan dibuat mangsa pada jam 1 pagi hari kejadian, sepasukan pegawai dan anggota polis IPD Melaka Tengah segera menjejaki suspek," katanya.

Menurutnya, suspek berjaya dikesan dan ditahan di sebuah rumah di Jalan Tangga Batu oleh sepasukan pegawai dan anggota polis diketuai Inspektor Mohd Shukri Hamzah bersama Inspektor Muhammad Firdaus Othman.

Beliau berkata, turut dirampas dua beg mengandungi dokumen milik suspek termasuk kad kerja di syarikat kawalan keselamatan, lesen memandu dan sebutir peluru tertulis SME.38 SPL 04 serta empat telefon bimbit pelbagai jenama.

"Hasil siasatan, suspek memiliki satu rekod jenayah mengikut Seksyen 86(1) Akta Polis dan masing-masing dua kes mengikut Seksyen 12(2) dan 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal, suspek mengaku peluru itu miliknya dan disimpan selepas ditamatkan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia pada 2016.

Katanya, polis juga giat mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas.

Susulan itu suspek direman tujuh hari mulai hari ini selepas polis mendapat kebenaran Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.



BEKAS polis direman tujuh hari bantu siasatan kes samun berkumpulan dan bersenjata menggunakan pisau. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmads

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -penjenayah-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.168384 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list