CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

[Johor] Ibu, bapa tiri mengaku salah aniaya anak hingga mati

[Copy link]
Post time 3-5-2023 03:00 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru : Suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, minggu lalu.

Tertuduh, S Nagendran dan A Sangeetha yang kedua-duanya berusia 23 tahun mengaku bersalah bagi pertuduhan itu selepas dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Nagendran yang juga bapa tiri kanak-kanak berkenaan dan Sangeetha pula ibu kepada kanak-kanak itu, memohon diberi masa untuk melantik peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa mencapai niat bersama menganiayai kanak-kanak yang berada di bawah pemeliharaan mereka dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumah mereka dekat Skudai Villa Apartment, Jalan Aman, Taman Skudai Baru di sini, kira-kira 12.30 tengah malam, 28 April lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Idayu Salim tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kesalahan di bawah seksyen berkenaan tidak boleh dijamin, namun mencadangkan jumlah RM20,000 setiap tertuduh jika mahkamah ingin menggunakan budi bicara untuk membenarkan ikat jamin.


SUAMI isteri mengaku bersalah menganiaya kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Mahkamah Sesyen Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan mereka diikat jamin dengan alasan mereka mempunyai seorang lagi anak yang masih kecil iaitu bayi berusia enam bulan dan masih menyusu badan.

Tertuduh wanita juga memberitahu mahkamah bahawa dia kini hamil dua bulan.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan perlu melapor diri sebulan sekali di Balai Polis Mutiara Rini dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 7 Jun depan bagi fakta dan hukuman serta lantikan peguam.

Sabtu lalu, media melaporkan suami isteri itu ditahan polis selepas disyaki mendera kanak-kanak lelaki itu sehingga meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin dilaporkan berkata, mangsa dibawa ke Zon Kecemasan, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, kira-kira jam 8.20 pagi, Jumaat lalu, sebelum didapati meninggal dunia sebaik tiba.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala, belakang telinga, perut serta kaki dan siasatan awal mendapati mereka menggunakan tangan dan penyangkut baju.

Bapa tiri kanak-kanak itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hingga-mati-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.041450 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list