CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 212|Reply: 0

[Selangor] Yaya belum dituntut waris

[Copy link]
Post time 3-5-2023 03:09 PM | Show all posts |Read mode

Yaya


SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dikenali sebagai Yaya yang tular ditinggalkan di sebuah restoran di Menara U, Seksyen 13 di sini, empat tahun lalu belum dituntut warisnya sehingga kini.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, perkara itu dirujuk kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Shah Alam bagi proses penjagaan dan pemeliharaan kanak-kanak tersebut selepas dia ditemui orang awam pada 23 Disember 2019 tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Ketiadaan sebarang dokumen pengenalan diri bagaimanapun menyukarkan pihak penjaga melakukan sebarang urusan rasmi untuk kebajikannya. Justeru, kita memohon bantuan orang ramai untuk mengesan ahli keluarga atau waris Yaya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Yaya ditemui berkeliaran seorang diri di sekitar restoran itu, kira-kira pukul 8 malam oleh pemilik premis berkenaan sebelum diserahkan kepada polis dan JKM Selangor bagi urusan lanjut.

Jelas jurucakap JKM, pihaknya perlu menjalankan siasatan untuk membantu Yaya mendapat dokumen pengenalan diri selaras dengan Konvensyen Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kita berharap mana-mana waris tampil bagi membantu menguruskan hal penempatan, persekolahan dan pengurusan dokumen dengan menghubungi Pegawai Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Shah Alam, Fariszatul Erna Zubir di talian 03-5545 8903,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/05/03/yaya-belum-dituntut-waris/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.050121 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list