CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 199|Reply: 0

[Perak] Jambatan Sungai Enggor runtuh, lebih 5,000 penduduk terjejas

[Copy link]
Post time 3-5-2023 04:01 PM | Show all posts |Read mode

Jambatan Sungai Enggor rosak akibat rebakan tanah susulan hujan lebat malam tadi. - Foto ihsan Persatuan Pembangunan Pelancongan Kuala Kangsar Perak

SUNGAI SIPUT: Kira-kira 5,000 penduduk sekitar kawasan Kampung Enggor di sini terjejas aktiviti harian selepas jambatan menghubungkan mereka dengan kawasan berhampiran runtuh semalam.

Jambatan sepanjang 13 meter itu runtuh dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam disebabkan arus deras Sungai Enggor berpunca hujan lebat sejak seminggu lalu.

Seorang penduduk, Rafli Md Nor, 50, berkata ia kejadian ketiga dalam tempoh 20 tahun sejak jambatan berusia 123 tahun itu dibina.

"Jambatan itu sudah lama dan ia uzur dan tidak selamat digunakan meskipun ia laluan utama penduduk sekitar yang perlu pergi bekerja dan menghantar anak ke sekolah.


"Dalam tempoh 20 tahun jambatan ini pernah runtuh tiga kali, namun pihak berkaitan hanya melakukan kerja pembaikan dengan menambak semula jalan itu.

"Jadi, kami memerlukan jambatan baharu yang kukuh dan selamat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Rafli berkata, meskipun ada laluan alternatif iaitu di Kampung Loh di sini, namun jaraknya empat kilometer ke pekan Karai dan hanya boleh dilalui kenderaan ringan seperti motosikal dan kereta.

Seorang lagi penduduk, Ahmad Qarib Khairuddin, 54, berkata jambatan itu juga menjadi laluan utama pelancong ke Jambatan Victoria yang terletak kira-kira satu kilometer dari ditu.

"Pelancong yang menaiki kenderaan berat seperti bas tidak boleh lagi ke Jambatan Victoria disebabkan laluan alternatif yang ada tidak sesuai dilalui kenderaan berat," katanya.


Jambatan Sungai Enggor rosak akibat rebakan tanah susulan hujan lebat malam tadi. - Foto ihsan Persatuan Pembangunan Pelancongan Kuala Kangsar Perak

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan, ketika dihubungi berkata pihaknya menjangkakan kerja baik pulih akan mengambil masa kira-kira lapan bulan dan laluan itu sudah ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.

"Bahagian teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri memaklumkan kerja pembaikan jambatan akan dilakukan secepat mungkin dan ia memerlukan satu peruntukan agak besar bagi kerja baik pulih itu," katanya.

Selain laluan terputus, kejadian itu turut menyebabkan beberapa kawasan di Pekan Karai, Kampung Loh, Bendang Sungai, Kampung Kapur, Kampung Periang dan sekitarnya mengalami gangguan bekalan air akibat saluran paip utama pecah.

Lembaga Air Perak (LAP) melalui laman Facebook memaklumkan kerja baik pulih sedang dilakukan di lokasi kejadian dan gangguan berlaku sehingga kerja-kerja pembaikan selesai. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... 0-penduduk-terjejas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.039737 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list