CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

[Perak] Pelajar UiTM peroleh markah ACCA kedua tertinggi di dunia

[Copy link]
Post time 4-5-2023 10:06 AM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) melakar sejarah apabila berjaya memperoleh markah tertinggi dalam peperiksaan 'Recording Financial Transactions' (FA1) sesi Mac lalu.

Berdasarkan perkongsian di Facebook rasmi UiTM cawangan Perak, pelajar tersebut memperoleh markah tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia.

Kejayaan penuntut jurusan asas perakaunan UiTM Cawangan Perak terbabit ternyata mengagumkan ramai pihak selain mendapat pujian di laman Facebook semalam.

Berita itu dikongsi dalam laman web Facebook rasmi UiTM Perak dan sehingga kini mendapat 12,000 tanda suka dan lebih daripada 2,800 perkongsian serta lebih 2,800 komen.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah juga mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Julea Qiestyna atas kejayaannya.

Selain itu, rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah di atas pencapaian yang diperoleh Julea ini di seluruh platform media sosial.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tertinggi-di-dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.035495 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list