CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 202|Reply: 0

[Johor] Gerakan tumbang Kerajaan: Sudah-sudahlah - Sultan Ibrahim

[Copy link]
Post time 4-5-2023 10:20 AM | Show all posts |Read mode

SULTAN Ibrahim (gambar fail). FOTO Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menyuarakan kebimbangan baginda dengan desas-desus berhubung kestabilan kerajaan yang terus kedengaran sehingga hari ini, walaupun sudah enam bulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berlalu.

Sultan Ibrahim menitahkan supaya rakyat, ekonomi, kesejahteraan dan kemakmuran negara seharusnya perlu diutamakan.

"Rakyat menaruh harapan tinggi dalam PRU-15 lalu dan memberi undi mereka kepada 222 wakil rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik negara.

"Namun, sehingga kini, 222 Ahli Parlimen ini masih tidak dapat bersepakat sehingga ada gerakan yang cuba menggagalkan kestabilan yang sedang dibina.

"Keadaan sebegini adalah tidak sihat untuk semua lapisan negara kita, baik dari segi sosial, ekonomi mahupun kedudukan kita di peringkat antarabangsa.

"Sudah-sudahlah. Sampai bila lebih 30 juta rakyat Malaysia hendak menanggung keadaan sebegini. Ekonomi perlu dipulihkan, kesejahteraan dan kemakmuran negara mesti diutamakan," titah baginda dalam kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebook, hari ini.

Hari ini, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman, dilaporkan memberi bayangan gerakan bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan bukan satu spekulasi, malah ia diketahui pimpinan tertinggi dalam kerajaan.

Beliau dilaporkan turut menyifatkan angka '126' yang dimuat naik dalam satu hantarannya di Facebook kelmarin, sebagai signifikan sehingga mencetuskan kemarahan penyokong Kerajaan Perpaduan.

"Saya kira, angka ini signifikan hingga ramai cyber troopers prokerajaan meroyan di laman Facebook saya.

"Saya fikir pihak sebelah sana (Kerajaan Perpaduan) pun tahu kebenarannya," katanya kepada BH, hari ini.

Kelmarin, Dr Muhammad Faiz memuat naik catatan di Facebooknya dengan menulis '126 dah…jika benar Alhamdulillah'.

Hantaran itu menimbulkan persoalan dengan ada yang mengaitkan angka itu sebagai jumlah Ahli Parlimen yang memberi sokongan kepada parti pembangkang.

Beliau bagaimanapun terus mengunci mulut sama ada angka berkenaan merujuk kepada jumlah Ahli Parlimen atau sebaliknya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hlah-sultan-ibrahim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.044158 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list