View: 208|Reply: 0
|
[Johor]
3 kru kapal tangki MT Pablo masih hilang
[Copy link]
|
|
KAPAL tangki MT Pablo. FOTO Ihsan MARITIM MALAYSIA
Johor Bahru: Tiga kru kapal tangki MT Pablo yang masih hilang dalam insiden kebakaran kapal itu pada Isnin lalu, tidak ditemui dalam badan kapal terbabit.
Pengarah Maritim Malaysia Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pencarian dilakukan dalam Operasi Carilamat hari kelima menumpukan pencarian dalam kapal MT Pablo selepas ia selamat dinaiki.
Katanya, pencarian mangsa di dalam kapal MT Pablo dibuat dengan bantuan kapal maritim KM REDANG dan dua bot ronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang membawa seramai 31 pegawai dan anggota Maritim Malaysia, 11 orang pasukan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
"Pencarian juga dibantu dua kru kapal MT Pablo yang tiba di lokasi kapal tangki tersebut pada jam 1 petang tadi.
"Kawasan pencarian dilakukan di bahagian anjungan kapal sehingga ke bilik jentera namun tiada mangsa ditemui.
"Hasil pencarian yang dilaksanakan sehingga Operasi Carilamat ini ditangguhkan pada jam 7 malam tadi tidak menemukan sebarang petunjuk bahawa tiga kru yang masih hilang berada di dalam kapal tangki terbabit," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Nurul Hizam berkata, hasil pemantauan pesawat udara AW139 milik Maritim Malaysia turut melakukan 'safety past' bersama Unit Tindakan Khas (UTK) dan mendapati sudut kecondongan kapal semakin bertambah.
Katanya kelihatan asap keluar dari corong atas sebelah kanan kapal tangki MT Pablo tersebut.
"Berdasarkan hasil pencarian dan penilaian keselamatan kapal tangki tersebut, pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menangguhkan Operasi Carilamat ini sehingga petunjuk baru ditemui.
"Pihak MRSC Johor Bahru mengucapkan terima kasih kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Laut Malaysia (JLM), JBPM, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Pelabuhan Johor dan Pasir Gudang, Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) negara Indonesia serta semua pihak yang terlibat sepanjang lima hari Operasi Carilamat ini dilakukan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pablo-masih-hilang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|