CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

[Perak] Perhilitan Perak sahkan kehadiran harimau belang di Bukit Berekeh

[Copy link]
Post time 6-5-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode

Ipoh: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan terdapat kehadiran harimau belang di Bukit Berekeh, Sungai Siput susulan tular gambar kesan tapak kaki haiwan itu.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata, Unit Harimau sedang melakukan pemantauan di kawasan berkenaan ketika ini.

"Sekiranya harimau ini tidak masuk semula ke hutan dalam waktu terdekat, kita akan pasang perangkap tetapi langkah-langkah untuk menghalau semula ke hutan sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau menasihati orang ramai dan penduduk sekitar agar tidak bersendirian ke hutan atau ladang terutama apabila suasana gelap ketika awal pagi dan waktu senja manakala penternak juga dinasihatkan agar memasukkan binatang ternakan ke dalam kandang.

"Jangan ganggu jika terserempak dengan si belang ini, maklumkan kepada kami segera sekiranya nampak individu atau kumpulan pemburu, jangan pasang jerat," katanya.

Tular beberapa gambar menunjukkan kesan tapak kaki dipercayai milik harimau belang di laman media sosial yang dikatakan dijumpai di Bukit Berekeh serta dakwaan terdapat individu mendengar ngauman haiwan liar itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-di-bukit-berekeh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.216302 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list