View: 377|Reply: 0
|
Kawasaki KX250 dan KX250X tiba di Malaysia
[Copy link]
|
|
Menyusuli pengumuman yang dibuat Mac lalu, model offroad pertama Kawasaki di bawah pengurusan Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) kini sudah tiba di Malaysia, iaitu KX250 dan KX250X, dengan harga jualan asas masing-masing RM35,000 dan RM35,500.
Dua model yang tidak boleh digunakan atas jalan biasa ini (kerana tidak mempunyai lampu dan pelbagai kelengkapan lain) digerakkan oleh enjin satu silinder empat strok DOHC penyejukan cecair 249 cc, bersama padanan transmisi lima kelajuan. Kuasa maksimumnya bagaimanapun tidak didedah.
Enjin tersebut didatangkan dengan tetapan khas untuk perlumbaan, dan demi membantu penunggang, ia dilengkapi dengan pemula enjin elektrik, sistem launch control serta pemegang Renthal Fatbar yang boleh dilaras mengikut keselesaan.
Bahagian rim dua motosikal ini mempunyai sedikit perbezaan, dengan KX250 menggunakan kombinasi unit 21 inci dengan tayar 80/100 di hadapan dan 19 inci dengan tayar 110/90 di belakang, sementara KX250X datang dengan rim 21 inci dengan tayar 80/100 di hadapan dan 18 inci dengan tayar 110/100 di belakang. Brek adalah sama, iaitu unit cakera tunggal 270 mm dengan angkup dua piston di hadapan dan cakera 240 mm dengan angkup satu piston di belakang.
Suspensi kedua-duanya juga adalah sama, terdiri daripada fork USD 48 mm dengan pelarasan serapan 23 tahap dan lantunan 20 tahap di hadapan serta monoshock larasan mampatan 21 tahap, serapan 38 tahap dan pra beban boleh laras.
Walaupun kedua-dua model ini kelihatan sama, penggunaan rim belakang yang lebih kecil pada KX250X telah menyebabkan dimensinya berubah menjadi lebih pendek dan rendah, dengan catatan jarak roda 1480 mm (-6 mm), tinggi tempat duduk 945 mm (-15 mm) dan jarak dari tanah 330 mm (-15 mm).
https://paultan.org/2023/05/03/k ... -di-malaysia-rm35k/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|