CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 204|Reply: 0

[Pahang] Suami meninggal dunia di Makkah tahun lalu, guru sebak terima panggilan haji tahun ini

[Copy link]
Post time 7-5-2023 01:52 PM | Show all posts |Read mode

ROSLANI (kiri) bersama anak keduanya, Rafidatul menunjukkan gambar kenangan mereka sekeluarga ketika membuat umrah pada Mei tahun lalu. FOTO Kharulmizan Yahya

Kuantan: Perasaan gembira bersulam hiba dirasai guru, Roslani Mohd Razali, 57, ketika menerima panggilan haji tahun ini berikutan terpaksa menunaikan rukun Islam kelima itu tanpa suami.

Lebih menyentuh emosinya apabila arwah suaminya, Baharom Alwi meninggal dunia ketika mereka sekeluarga menunaikan umrah tahun lalu dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Syara'ik, Makkah.

"Selain mengerjakan ibadah haji, saya berhajat mahu menziarahi kubur suami di sana, tetapi disebabkan peraturan di sana tidak membenarkan kaum wanita menziarah kubur, mungkin saya akan minta kawan-kawan (lelaki) yang ziarah.

"Saya masih bersedih kerana terasa baru saja dia meninggalkan kami sekeluarga, disebabkan itu saya berharap sangat anak dapat pergi bersama sebagai pengiring kerana saya takut emosi saya tidak kuat apabila sampai di sana nanti," kata ibu kepada empat anak itu.

Roslani berkata, dia mempunyai empat anak berusia 18 hingga 30 tahun dan kesemua mereka adalah wanita.

Dia berkata, dia kini sedang membuat rayuan supaya anak keduanya, Rafidatul Izzah Baharom, 27, dapat pergi menunaikan haji bersamanya sebagai pengiring.

"Rayuan sudah dibuat namun belum menerima jawapan dari pihak Tabung Haji tetapi saya berharap sangat rayuan saya ini dapat diluluskan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kursus Haji Perdana dan Penyampaian Insentif Haji Peringkat Negeri Pahang oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Mengimbau semula pemergian orang tersayang, Roslani berkata, arwah suaminya meninggal dunia ketika sedang tidur pada 19 Mei tahun lalu, iaitu dua hari terakhir sebelum mereka pulang ke tanah air.

"Saya masih ingat kata-kata terakhirnya iaitu 'tolong doakan saya' sebelum dia tidur dan ketika mahu mengejutkannya untuk solat Subuh, dia sudah tiada," katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Wan Rosdy turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM500 kepada kira-kira 2,000 bakal haji selain sumbangan pek makanan.

Wan Rosdy berkata, sumbangan wang tunai terbabit adalah kali pertama diberikan kerajaan negeri kepada bakal haji di negeri ini namun akan diteruskan pada masa akan datang.

"Sumbangan ini adalah hasil inisiatif kerajaan negeri melalui Bantuan Prihatin Pahang (BBP) kluster jemaah haji dan kita bermula dengan RM500 setiap seorang iaitu membabitkan peruntukkan keseluruhan sebanyak RM1 juta.

"Manakala sumbangan pek makanan pula membabitkan peruntukkan sebanyak RM84,000," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rima-panggilan-haji
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.038749 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list