View: 170|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
1.3 juta saman trafik dah dijelaskan
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/samananna_1683435017.jpg)
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Kuala Lumpur: Sebanyak 1.3 juta saman trafik sudah dijelaskan pengguna jalan raya menerusi kadar khas bayaran saman yang bermula pada 21 April sehingga 21 Mei ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, pada hari ke-16 (hari ini) kutipan sangat menggalakkan.
"Sasaran JSPT adalah bagi memastikan orang ramai mengambil peluang ini kerana kebanyakan saman yang tertunggak pada tahun 2022 dan sebelumnya layak diberikan kadar khas.
"Kadar khas ini akan berakhir pada 21 Mei ini, dan orang ramai boleh membuat pembayaran saman trafik menerusi beberapa platform," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, orang ramai boleh melakukan penyelesaian saman di platform dalam talian, aplikasi myBayar PDRM, semua kaunter trafik JSPT dan Pejabat Pos.
"Selain itu, penyelesaian saman juga boleh dibuat menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Maybank.
"Potongan hampir 85 hingga 86 peratus itu untuk menzahirkan hasrat kerajaan menyumbang dari segi memberi kemudahan kepada rakyat dengan mengurangkan bebanan dihadapi masyarakat," katanya.
Pada 18 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei ini bagi semua saman trafik PDRM yang dikeluarkan pada tahun 2022 dan sebelumnya.
Beliau dilaporkan berkata, setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada 2023.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... afik-dah-dijelaskan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|