View: 194|Reply: 0
|
[Johor]
Pengotor, warga asing kencing merata-rata di BSI
[Copy link]
|
|
DUA individu kencing merata-rata di sekitar BSI. FOTO TANGKAP LAYAR TULAR
Johor Bahru: Tindakan individu dipercayai warga negara asing kencing merata-rata di sekitar bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), mengundang kemarahan masyarakat.
Malah sikap pengotor itu bukan sahaja dilakukan lelaki tetapi turut membabitkan wanita.
Berdasarkan video berdurasi 23 saat yang tular di media sosial mendapati mereka mensasarkan kawasan terpencil dan yang sedang dibaik pulih untuk membuang air kecil.
Ini bukan pertama kali kejadian warga asing membuang air merata-rata di sekitar kawasan berkenaan.
Malah pada 13 Jun tahun lalu, tular di media sosial Facebook yang memaparkan dua lelaki sedang membuang air kecil di bawah pokok di lokasi berhampiran Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, setakat ini Balai Polis BSI tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan isu tersebut.
"Kita akan siasat dan ambil tindakan ikut undang-undang yang ada. Patuhi undang-undang dan jaga kesopanan. Gunakan tandas yang disediakan di kawasan terbabit," katanya ketika dihubungi di sini.
Berdasarkan video berdurasi 23 saat yang tular, seorang lelaki menyergah dan memarahi tindakan seorang wanita yang membuang air kecil merata-rata di kawasan dekat BSI.
Wanita itu bagaimanapun terus berlalu keluar sambil meminta maaf.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -merata-rata-di-bsi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|