View: 247|Reply: 0
|
[Johor]
Pemilik kereta tersadai di Tanjung Emas ditemukan mati lemas
[Copy link]
|
|
Muar: Lelaki yang dilaporkan hilang susulan penemuan keretanya tersadai di tempat letak kenderaan di Tanjung Emas di sini, sejak beberapa hari lalu ditemukan mati lemas empat batu nautika di perairan Parit Jawa di sini, semalam.
Difahamkan, mayat lelaki berusia 47 tahun berasal dari Sungai Mati, Tangkak yang dilaporkan hilang sejak 3 Mei lalu itu ditemukan terapung oleh nelayan kira-kira 10 pagi.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, bertindak atas maklumat itu, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, Balai Polis Parit Jawa dan Pasukan Polis Marin (PM) bergegas ke lokasi penemuan mayat itu.
"Mayat ditemui dalam keadaan masih lengkap berpakaian serta berkasut sukan. Hasil siasatan mendapati lelaki itu adalah individu dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya.
"Ahli keluarganya sebelum itu membuat laporan berkaitan kehilangannya serta penemuan kenderaan dinaiki tersadai di tepi laut," katanya ketika dihubungi.
Raiz Mukhliz berkata, mayat kemudian dibawa ke Jeti Tanjung Emas dengan bantuan PPM Muar sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Fatimah Muar untuk tindakan selanjutnya.
"Bedah siasat dijalankan dan doktor mengesahkan punca kematian saluran jantung tersumbat. Lelaki itu juga mempunyai masalah mental dan pernah mendapat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar," katanya kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... itemukan-mati-lemas |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|