View: 254|Reply: 0
|
[Kelantan]
JaPen Kelantan gerakkan 10 jentera hebahkan maklumat cuaca panas
[Copy link]
|
|
Muhd Nor Aswadi (kanan) selepas perasmian Program Demokrasi Kita @ Kelab Malaysiaku Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Machang, di sini, hari ini. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI
Machang: Jabatan Penerangan (JaPen) Kelantan sudah menggerakkan jenteranya untuk membuat hebahan ke seluruh jajahan di negeri ini berhubung persediaan menghadapi fenomena cuaca panas pada ketika ini.
Pengarahnya, Muhd Nor Aswadi Md Nor berkata, selain turun kelapangan pihaknya turut melakukan hebahan bergerak melalui Info On Wheel (IOW) bagi menyampaikan saranan kerajaan kepada masyarakat mengenai langkah penjagaan yang diambil dalam menghadapi peralihan monsun ketika ini.
Katanya, pihaknya sudah mengerakan kesemua 10 kenderaan siar raya ke semua jajahan di Kelantan supaya masyarakat dapat mengambil langkah penjagaan sewajarnya dan seterusnya mengelak sesuatu yang tidak diingini daripada berlaku.
"Kita mahu memberi maklumat yang tepat selain kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan pada musim panas.
"Saya juga ingin mengingatkan masyarakat supaya peka dan hanya mendapatkan maklumat sahih dari saluran yang betul untuk mengelakkan kekeliruan maklumat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Program Demokrasi Kita @ Kelab Malaysiaku Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Machang, di sini, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Muhd Nor Aswadi berkata, pihaknya juga kini sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi memberi penerangan terperinci di sekolah-sekolah mengenai langkah penjagaan sepanjang berhadapan dengan fenomena cuaca panas yang melanda ketika ini sehingga merisaukan pelbagai pihak.
"Langkah ini perlu diambil memandangkan cuaca panas ini dijangka berlarutan sehingga Ogos dan dalam masa sama mahu mengelakkan berlakunya strok haba atau komplikasi lain.
"Pihak kami juga sedang mengadakan perbincangan bagi merangka kaedah yang sesuai dalam usaha memastikan sebarang maklumat terkini serta sahih sampai tepat kepada pihak berkenaan termasuk pelajar.
"Selain JPN, pihak kami juga akan mengadakan pertemuan dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan pada masa turut menyebarkan makluman berkaitan di kumpulan WhatsApp terdiri daripada guru-guru bagi memastikan mereka mempunyai maklumat sahih situasi sebenar mengenai fenomena cuaca panas," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aklumat-cuaca-panas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|