CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] JAS siap sedia tangani isu pembakaran terbuka

[Copy link]
Post time 8-5-2023 10:27 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Putrajaya: Jabatan Alam Sekitar (JAS) bersiap siaga dan mengambil pelbagai langkah bagi menangani isu pembakaran terbuka yang menjadi antara punca menyebabkan kemerosotan kualiti udara dan keadaan jerebu setempat yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Menurut jabatan itu dalam tempoh monsun barat daya yang biasanya bermula pada pertengahan Mei hingga September, kejadian ribut petir dan hujan lebat dijangka berkurangan dan kebanyakan negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan.

"Dalam tempoh cuaca kering ini, adalah dikhuatiri kejadian pembakaran terbuka akan berlaku peningkatan terutamanya di kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti di kawasan tanah gambut dan tapak pelupusan sampah," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Walaupun tidak dinafikan bahawa pelepasan daripada aktiviti perindustrian dan kenderaan bermotor turut menyumbangkan kepada kemerosotan udara terutama di kawasan Lembah Klang dan perindustrian, namun daripada analisis dan rekod JAS, ia menunjukkan bahawa pembakaran terbuka biojisim (biomass) adalah punca utama yang menyebabkan jerebu tempatan.

JAS turut memaklumkan beberapa langkah persediaan diambil bagi menangani kejadian kebakaran daripada berlaku, antaranya meningkatkan pemantauan dan rondaan operasi mencegah pembakaran terbuka melalui darat dan menggunakan dron.

JAS berkata tindakan tegas akan diambil bagi kawasan kebakaran yang berlaku dan pihaknya akan mengenal pasti pemilik tanah kawasan kebakaran yang terbabit untuk tindakan perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Di bawah Seksyen 29 (A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, individu yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka akan dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, dan kompaun maksimum RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

JAS juga meminta orang ramai melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada JBPM di talian 999 dan JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727, manakala sebarang kes kebakaran yang berlaku di kawasan perumahan perlu dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.

Selain itu jabatan berkenaan turut bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bagi mengawal kes-kes kebakaran yang berlaku, selain sentiasa memantau bacaan dan trend Indeks Pencemar Udara (IPU) stesen pengawasan udara dari semasa ke semasa untuk tindakan lanjut.

Katanya Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) turut mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) pada 2 April yang membabitkan tindakan-tindakan oleh agensi-agensi berkaitan yang membabitkan jabatan dan kementerian lain dalam pemantauan, pencegahan dan pemadaman pembakaran terbuka di dalam negara.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pembakaran-terbuka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.044424 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list