CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 0

[Johor] Curi motosikal untuk beraya

[Copy link]
Post time 8-5-2023 04:18 PM | Show all posts |Read mode

Asisten Komisioner Rahmat Ariffin menunjukkan barangan rampasan kes pecah rumah. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN

Iskandar Puteri: Tiga lelaki termasuk dua daripada mereka yang masih remaja ditahan polis selepas disyaki mencuri motosikal semata-mata untuk bergaya pada Aidilfitri.

Kesemua mereka yang berusia 14, 17 dan 21 tahun itu ditahan di sekitar kawasan Kangkar Pulai di sini, pada 7.50 malam 1 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang juga seorang anggota polis yang mendakwa motosikalnya yang parkir di bawah rumah dekat Pangsapuri Merak, Bandar Baru Kangkar Pulai di sini, 5 petang 18 April lalu.

"Pengadu mendakwa motosikalnya yang ditinggalkan dalam keadaan berkunci di bawah blok pangsapurinya, namun dipercayai hilang akibat dicuri.

"Bertindak atas maklumat, kita berjaya menahan seorang suspek sebelum membuat satu lagi serbuan dengan seorang lagi suspek ditahan bersama tiga motosikal.

"Hasil siasatan awal daripada suspek pertama, kita berjaya menahan seorang lagi suspek," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini, hari ini.

Rahmat berkata, selain tiga motosikal yang semuanya jenis Honda EX5, pihaknya turut merampas dua kunci motosikal.

Katanya, modus operandi tiga suspek yang bergiat aktif sejak bulan lalu itu menyasarkan motosikal jenis Honda EX5 yang parkir di tempat letak motosikal di bawah blok pangsapuri dan di kawasan masjid.

"Motosikal yang dicuri ini adalah untuk kegunaan mereka sendiri semasa perayaan Aidilfitri," katanya.

Menurutnya, dengan tangkapan tiga suspek yang juga rakan itu, polis percaya berjaya menyelesaikan tiga kes curi motosikal yang mana dua dilaporkan di IPD Iskandar Puteri dan satu di IPD Johor Bahru Utara.

Katanya, ketiga-tiga suspek termasuk dua remaja yang masih bersekolah itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif dadah menerusi ujian saringan awal air kencing.

"Mereka kini direman sehingga Rabu ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... osikal-untuk-beraya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.130603 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list