View: 232|Reply: 0
|
[Perak]
Kerajaan Perak angkat Julea Qiestyna sebagai ikon pengajian tinggi
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ACCA_1683614067.jpg)
KHAIRUDIN (dua kanan) menyerahkan simbolik inisiatif kerajaan negeri Perak kepada Julea Qiestyna (tengah). FOTO Muhamad Lokman Khairi.
Seri Iskandar: Kerajaan negeri Perak berhasrat menjadikan penuntut Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, Julea Qiestyna Abu Zar sebagai ikon pengajian tinggi di negeri itu.
Ia susulan kejayaan penuntut berusia 19 tahun itu meraih pencapaian terbaik dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).
Julea Qiestyna yang juga pelajar ACCA FIA Fakulti Perakaunan UiTM cawangan Perak memperoleh markah tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia bagi kertas peperiksaan Recording Financial Transactions (FA1) pada sesi Mac lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, usaha itu akan dibincangkan oleh kerajaan negeri supaya ia dapat direalisasikan dan menjadi inspirasi kepada penuntut lain.
"Insya-Allah kita akan bincang supaya proses ini dapat direalisasikan kerana pencapaian ini perlu diuar-uarkan kepada masyarakat.
"Ini kerana tiada yang mustahil jika ada daya usaha dan komitmen tinggi untuk mencapai apa yang diharapkan," katanya ketika ditemui media sempena kunjungan rasmi beliau ke UiTM Seri Iskandar, hari ini.
Turut hadir, Rektor UiTM Cawangan Perak, Profesor Madya Dr Nur Hisham Ibrahim.
Pada masa sama, Khairudin berkata, kerajaan negeri turut memberikan inisiatif kepada Julea Qiestyna sebagai perangsang kepada penuntut berkenaan.
Sementara itu, Nur Hisham berkata, Julea ada seorang daripada 55 penuntut kumpulan pertama bagi Program Asasi Perakaunan (SCCA FIA) yang baharu ditawarkan di UiTM Kampus Tapah.
"Kita merancang menambah pengambilan penuntut jurusan itu dalam usaha melahirkan lebih ramai penuntut cemerlang seperti dicapai oleh Julea.
"Kejayaan Julea membantu ketampakan UiTM dalam penawaran program profesional di Malaysia," katanya.
Sementara Julea Qiestyna berkata, dia memilih untuk berpindah dari bidang dari Sains Tulen yang diambil ketika sekolah menengah kepada Asasi Perakaunan.
"Saya memilih menukar bidang atas kemahuan sendiri kerana impian saya untuk menjadi seorang akauntan di syarikat swasta satu hari nanti, ibu bapa saya juga merestui hal itu.
"Tiada perkara yang luar biasa saya lakukan selain fokus di dalam kelas dan membahagikan masa untuk bersukan bersama rakan-rakan.
"Selepas tamat pengajian di peringkat asasi, saya merancang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan perakuan dan seterusnya bekerja dan mengumpul pengalaman," kata anak kepada pasangan pesara tentera dan bekas akauntan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... on-pengajian-tinggi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|