CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 293|Reply: 0

[Melaka] Selesaikan dalam tempoh tujuh hari!

[Copy link]
Post time 9-5-2023 04:07 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. FOTO arkib NSTP

Melaka: Kerajaan negeri memberi amaran tegas serta tempoh tujuh hari kepada pemaju sebuah projek pembangunan komersial di Taman Muzaffar Syah, Lebuh Ayer Keroh, Bukit Katil di sini untuk menambah baik aspek keselamatan cerun di kawasan terbabit.

Ia susulan aduan penduduk mengenai pergerakan tanah di tebing cerun bukit itu sehingga mengakibatkan Jalan Sri Raya 4 dan Jalan Sri Raya 7 berhampiran mulai merekah serta menimbulkan kebimbangan akan berlakunya tanah runtuh, membabitkan kira-kira 500 penduduk daripada 80 rumah di situ.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pihaknya menerusi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) akan melakukan pemantauan setiap hari bagi memastikan aspek teknikal yang membabitkan keselamatan cerun dipatuhi dan ditingkatkan segera.

"Jadi kita sudah menerima jaminan bagi tujuh hari daripada pemaju untuk menambah baik serta menguatkan cerun ini dan dalam masa yang sama mahu pemaju mematuhi nasihat teknikal yang diberikan JKR (Jabatan Kerja Raya)," katanya pada sidang media berkaitan isu itu di Taman Muzaffar Shah di sini hari ini.

Katanya, walaupun cerun itu sudah mengikut spesifikasi yang dibentangkan kepada pihak berkuasa namun ia perlu diberi perhatian memandangkan ia boleh berubah mengikut pelbagai faktor.

"Kita faham proses teknikal (berkaitan cerun) ini berlaku secara berperingkat untuk memastikan keadaan pergerakan tanah mengikut susun atur perancangan yang telah dilakukan.

"Kalau tidak salah saya, projek ini baharu fasa ketiga dan ia masih ada beberapa peringkat lagi untuk sampai ke fasa struktur berkenaan kuat dan selamat.

"Jadi sudah pasti sepanjang tempoh itu akan ada sedikit pergerakan dan ini akan kita sentiasa teliti aspek keselamatannya," katanya.

Beliau berkata sekiranya berlaku kerosakan yang lebih besar, pihaknya mungkin terpaksa mengambil tindakan termasuk menangguhkan projek itu.

Ab Rauf turut meminta pemaju memberi perhatian kepada tuntutan ganti rugi sekiranya terdapat rumah yang terjejas akibat projek itu.

Semalam media melaporkan penduduk taman berkenaan bimbang apabila wujudnya pergerakan tanah di tebing cerun bukit itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m-tempoh-tujuh-hari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.478145 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list