CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 0

[Perak] Bas mengundur 700 meter

[Copy link]
Post time 13-5-2023 02:30 PM | Show all posts |Read mode



ENAM cedera apabila bas ekspres dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori di KM257, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, awal pagi tadi. FOTO Ihsan JBPM Perak

Kuala Kangsar: Bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di KM257, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan awal pagi tadi, mengundur sejauh 700 meter menuruni kawasan berbukit selepas gagal memotong.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob, berkata insiden kemalangan membabitkan tiga kenderaan berat iaitu bas berkenaan bersama dua treler sekitar jam 2.20 pagi, mengakibatkan 14 penumpang serta pemandu bas itu mengalami cedera ringan.

Katanya, siasatan awal mendapati bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju Kajang, Selangor dalam cubaan memotong laluan treler dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun di lorong tengah ketika sedang mendaki.

Omar berkata, selepas memotong treler berkenaan, terdapat sebuah lagi treler dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipandu perlahan di lorong tengah di hadapan laluan bas itu.


Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan bas berkenaan gagal mengelak serta membrek, menyebabkan ia merempuh bahagian belakang treler terbabit.
"Selepas pelanggaran itu, bas hilang kawalan dan gagal berhenti lalu mengundur ke belakang secara menurun bukit menuju ke arah treler yang dipandu oleh lelaki berusia 48 tahun berkenaan yang ketika itu sudah menukar laluannya dari lorong kiri ke lorong tengah.

"Treler lelaki 48 tahun itu yang nampak bas sedang meluru ke belakang secara mengundur, cuba mengelak ke kiri namun bahagian belakang kiri bas kemudiannya melanggar bahagian belakang kanan treler terbabit.


"Bas itu kemudiannya terus hilang kawalan dalam keadaan mengundur sejauh kira-kira 700 meter ke belakang dan melanggar pembahagi jalan lalu terhenti di lorong kanan," katanya menerusi kenyataan hari ini.


Menurutnya, semua mangsa yang cedera ringan itu berusia antara 17 hingga 41 tahun dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan manakala 12 yang tidak cedera sudah meneruskan perjalanan ke ibu kota menaiki bas gantian.


Omar berkata, punca kemalangan adalah kerana pemandu bas cuai mengawal kenderaan sehingga melanggar belakang treler namun tiada tangkapan bagi kes ini termasuk berikutan pemeriksaan air kencing terhadap pemandu bas mendapati keputusannya negatif.


Katanya lagi, kes diklasifikasi mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan 1987 manakala pemandu dua treler yang terbabit dalam kemalangan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.


Terdahulu, akhbar ini melaporkan dengan memetik Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, sebagai berkata enam individu cedera apabila bas ekspres dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori di KM257 PLUS arah selatan awal pagi tadi.






https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mengundur-700-meter

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.033273 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list