CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 263|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Jerat, jual di pasaran gelap

[Copy link]
Post time 13-5-2023 03:55 PM | Show all posts |Read mode

PEGAWAI Perhilitan menjalankan pemeriksaan di sebuah kediaman yang menyimpan haiwan liar dilindungi di Pasir Mas Salor.





Putrajaya: Jana pendapatan lumayan hasil aktiviti menjual anak memerang dan kucing hutan kepada penggemar haiwan peliharaan eksotik.

Itu kegiatan dilakukan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang disyaki menggunakan medium media sosial untuk mencari pelanggan berminat.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kegiatan itu dibongkar hasil serbuan dilakukan sepasukan empat anggota Unit Penguatkuasaan Perhilitan Kelantan di sebuah rumah di Pasir Mas Salor, Kelantan.

Menurutnya, dalam operasi jam 11 pagi kelmarin, pemeriksaan mengejut dilakukan selepas risikan mendapati kediaman itu menjadi lokasi menyimpan hidupan liar tanpa lesen.

"Hasil pemeriksaan dilakukan di kediaman itu, anggota Perhilitan menemui enam ekor burung hantu dan tiga ekor anak burung helang di dalam sangkar.


ENAM ekor burung hantu dan tiga ekor anak burung helang yang ditemui di dalam sangkar.


"Turut ditemui seekor kucing batu dan dua anak memerang diletakkan di dalam sangkar," katanya.

Beliau yang dihubungi tidak menolak kemungkinan semua haiwan liar dilindungi itu diburu dan ditangkap untuk dijual ke pasaran gelap.

"Aktiviti menjerat haiwan liar dilindungi untuk dijual sebagai haiwan peliharaan adalah kesalahan serius

Susulan itu suspek dibawa ke Balai Polis Kota Bharu, Kelantan untuk laporan polis sebelum semua hidupan liar itu disita serta dibawa ke Pejabat Perhilitan Daerah Jeli, Kelantan.

"Suspek akan disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan 2022).

"Kesalahan mengikut Seksyen 71 Akta A1646, iaitu mengimport, mengeksport atau mengeksport semula hidupan liar dilindungi sepenuhnya tanpa permit khas, boleh dihukum denda hingga RM1 juta dan penjara maksimum 15 tahun, jika sabit kesalahan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... al-di-pasaran-gelap




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.057991 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list