View: 234|Reply: 0
|
[Johor]
Gigi palsu, batu nisan tanda ingatan buat sahabat
[Copy link]
|
|
ALUMNI Sekolah Menengah Jementah (SMJ) 1972 - 1974 di Majlis Pertemuan Semula Sempena Aidilfitri di Kampung Bukit Tunggal, Segamat. FOTO Ahmad Ismail
Segamat: Dalam meniti usia emas dengan ada antaranya melangkaui tempoh 50 tahun tidak bertemu rakan seperjuangan alam persekolahan, pertemuan semula ternyata dapat mengimbau pelbagai kenangan selain mengeratkan hubungan.
Tempoh lebih lima dekad ternyata suatu jangka masa yang panjang namun ia bukan penghalang untuk hampir 30 bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Jementah (SMJ), Segamat meneruskan persahabatan dengan hadir dalam program reunion raya di Kampung Bukit Tunggal, Jementah di sini hari ini.
Majlis penuh nostalgia membabitkan alumni SMJ 1972 hingga 1974 ternyata mendapat sambutan meriah bekas pelajar bersama ahli keluarga masing-masing dengan pelbagai program diatur selama sehari ia dianjurkan.
Gelak tawa, tangisan air mata kerinduan mengiringi pertemuan mereka yang ketika itu saling berkongsi dan mengimbau pelbagai kenangan pahit manis ketika menuntut di SMJ.
Pengerusi Penganjuran Reunion Raya SMJ, Maipah Abdullah 64, berkata beliau bersyukur kerana program yang dirancang berjalan lacar dan mendapat sambutan daripada sahabat alumni SMJ.
"Jika dulu, kami sibuk dengan tugas namun dalam usia sekarang dengan ada kesemuanya sudah bersara ia sedikit sebanyak memberi peluang untuk meluangkan waktu bertemu sahabat lama," katanya ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Tunggal Jementah di sini, hari ini.
Program reunion ini turut mendapat sambutan daripada sahabat di luar Segamat yang sanggup pulang semata-mata mahu bertemu rakan-rakan selepas mengetahui ramai yang menyertainya.
"Ada sahabat yang pulang dari Pahang, Selangor dan Melaka kerana mahu mengambil peluang bersama-sama berkumpul dan mengimbau nostalgia ketika di alam persekolahan.
"Selain itu, ada sahabat yang tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan dan meninggal dunia mereka ini tidak akan dilupakan kerana kita akan menghulurkan sumbangan melalui tabung kebajikan bagi kurang berkemampuan untuk penggantian batu nisan dan gigi palsu yang ditubuhkan," katanya.
Selain pelbagai program yang diatur, majlis bacaan Tahlil ringkas turut dilakukan buat empat sahabat mereka yang meninggal dunia beberapa tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/966423/gigi-palsu-batu-nisan-tanda-ingatan-buat-sahabat
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|