CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 241|Reply: 0

[Perak] JAIPk siasat dakwaan pemujaan nombor ekor di banglo lama

[Copy link]
Post time 14-5-2023 03:36 PM | Show all posts |Read mode

HARITH (kiri) ketika Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 anjuran JAIPK. FOTO L Manimaran

Ipoh: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengarahkan siasatan dan tindakan segera dilakukan ke atas dakwaan wujud aktiviti pemujaan nombor ekor di banglo lama di Bagan Serai.

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, bagaimanapun setakat ini belum ada laporan diterima berkaitan kes berkenaan.

"Pegawai keuatjuasa agama kita akan pergi tengok (memantau). Kalau betul siasatan mendapati memang ada, kita memang kena ambil tindakan segera. InsyaAllah dan kita juga akan bekerjasama dengan polis," katanya sewaktu ditemui pemberita dalam program Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 anjuran JAIPk di Masjid Cina (Masjid Muhammadiah), di sini, hari ini.

Banglo dua tingkat lama dipercayai didirikan pada zaman British namun kini terbiar di Bagan Serai disyaki tempat aktiviti pemujaan berdasarkan penemuan puluhan botol kaca kosong dipercayai dijadikan bekas air mawar di hadapan pintu utama, dipercayai untuk ritual puja nombor ekor.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ekor-di-banglo-lama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.038856 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list