View: 243|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Sindiket curi kereta tumpas
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Sindiket curi dan seludup kereta lumpuh susulan penahanan enam lelaki disyaki ahli kumpulan terbabit menerusi Op Lejang TFH di sekitar Lembah Klang dan Bentong, Pahang.
Operasi itu dijalankan bermula Rabu hingga awal pagi Khamis lalu susulan risikan Bahagian D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Menurut sumber, sindiket terbabit aktif di Lembah Klang, Johor, Pahang, dan Pulau Pinang dengan menyasarkan kenderaan khususnya model Honda serta Toyota.
"Kenderaan yang dicuri dipercayai diletakkan di tempat terpencil sebelum diambil oleh suspek lain untuk dihantar ke sempadan sebelum dipasarkan ke negara jiran.
"Kegiatan ini juga bagi memenuhi pasaran alat ganti terpakai dalam negara," katanya.
Menurutnya, enam lelaki tempatan yang ditahan itu berusia antara 35 hingga 50 tahun.
Katanya, polis turut merampas dua kenderaan jenis Toyota Hilux dan Toyota Altis dianggarkan bernilai RM100,000.
Difahamkan siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -curi-kereta-tumpas |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|