View: 202|Reply: 0
|
[Kelantan]
JKDM Kelantan rampas dadah bernilai RM3.3 juta dalam tempoh 5 tahun
[Copy link]
|
|
Wan Jamal Abdul Salam Wan Long. FOTO Arkib NSTP
Kota Bharu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM3.3 juta dalam tempoh lima tahun.
Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, rampasan sejak 2019 sehingga kini itu membabitkan 271,305 methamphetamine bernilai RM2.7 juta dan 248 kilogram ganja mampat bernilai RM620,000.
Katanya, semua rampasan itu dilakukan membabitkan lokasi dan kawasan yang berbeza dengan lapan kes berjaya ditumpaskan.
"Hasil risikan dan siasatan yang dilakukan, setiap kes yang diperoleh mendapati bekalan dadah dibawa masuk melalui sempadan negara kerana permintaan semasa.
"Ini bermakna dadah berkenaan akan dibawa masuk ke dalam negara jika ada permintaan dari pelanggan sahaja.
"JKDM Kelantan sentiasa meningkatkan pemantauan dan rondaan serta risikan di semua pintu masuk dan sepanjang sempadan negara bagi mengekang penyeludupan ini," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan aktiviti penyeludupan yang berlaku dan sesiapa yang melakukan kesalahan akan di ambil tindakan tegas mengikut undang-undang yang ditetapkan.
"Tindakan tegas dan pendakwaan mahkamah akan dilaksanakan bagi mereka yang didapati bersalah dalam melakukan kegiatan penyeludupan ini.
"Pihak jabatan juga sentiasa bekerjasama dengan semua agensi penguatkuasaan di sempadan bagi membanteras penyeludupan dadah yang masuk ke dalam negara.
"Sehubungan dengan itu, orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti terbabit," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... alam-tempoh-5-tahun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|