View: 228|Reply: 0
|
[Terengganu]
Siti Syazwani memerlukan RM60,000 untuk pembedahan jantung
[Copy link]
|
|
WAN Siti Syazwani memerlukan peruntukan RM60,000 bagi menjalani pembedahan jantung berlubang dan saluran jantung yang bocor. FOTO NAZDY HARUN
Kuala Berang: Kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran Wan Siti Syazwani Wan Mohd Faisal, 12, memerlukan bantuan kewangan berjumlah RM60,000 bagi menjalani pembedahan jantung berlubang dan saluran jantung yang bocor.
Ibunya, Siti Sahara Ismail, 44, dari Kampung Tok Lawik, di sini, berkata, anak sulungnya itu menghidap penyakit jantung berlubang sejak dilahirkan.
Katanya, selain mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) anaknya juga setiap tahun menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.
"Ketika berusia sembilan tahun Siti Syazwani, disahkan pula mengalami masalah injap jantung bocor oleh doktor yang merawatnya di IJN.
"Doktor menganggarkan kos pembedahan bagi kedua-dua masalah jantung yang dihidapi anak sulung saya mencecah RM60,000," katanya yang juga suri rumah sepenuh masa.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, dengan pendapatan suaminya Wan Mohd Faisal Wan Yahya, 46, sebanyak RM2,400 sebulan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekaligus tidak mampu baginya untuk membiayai kos rawatan anaknya itu.
Katanya, pemeriksaan yang dilakukan secara berkala mendapati jantung anaknya itu kini membengkak selain anaknya juga mudah penat selain berat badan semakin susut.
Siti Sahara berkata, dia buntu memikirkan kos yang perlu ditanggung untuk menjalani pembedahan anak sulungnya itu kerana jumlah RM60,000 besar baginya sekeluarga.
Menceritakan lebih lanjut, Siti Sahara berkata, anak bongsunya Wan Muhammad Firdaus Aiman, empat tahun juga menghidap penyakit jantung berlubang namun ketika berusia enam bulan anaknya sudah melalui satu pembedahan.
"Alhamdulillah, Muhammad Firdaus, sudah sihat namun masih menjalani rawatan susulan di Hospital Hulu Terengganu (HHT) dan IJN.
"Kos pembedahan Muhammad Firdaus, sebelum ini berjumlah RM37,000 dan dengan dana mencukupi membolehkan anak bongsu saya menjalani pembedahan di IJN," katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun AmBank bernombor 8881050648021 di atas nama Wan Mohd Faisal Wan Yahya atau menghubungi keluarga berkenaan di nombor 01164292876.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pembedahan-jantung |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|