CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 0

[Perak] Lelaki ditahan hambur kata-kata sesat, perkauman di Falim

[Copy link]
Post time 16-5-2023 03:34 PM | Show all posts |Read mode

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki menghambur kata-kata kesat dan berbaur perkauman dalam satu kejadian di restoran makanan segera di Falim, dekat sini, yang rakamannya ditularkan dalam laman Twitter sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Superintendan Yahaya Hassan berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di Ampang Baru, kira-kira 11 malam tadi.

"Pihak polis mengesahkan sudah menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 14 Mei dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (berkelakuan aib)," katanya dalam kenyataan.

Yahaya berkata ujian saringan awal air kencing ke atas suspek mendapati suspek positif dadah jenis ganja dan pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum merujuk timbalan pendakwa raya untuk cadangan pertuduhan.

Katanya dengan tertangkapnya suspek, kes tersebut dianggap selesai dan orang ramai dinasihat tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video itu sehingga menjejaskan siasatan dan menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Sejak semalam video yang ditularkan dalam laman Twitternya diciap semula pengguna lain menyebabkannya menarik perhatian umum.

Video berdurasi 1 minit 18 saat itu memaparkan seorang lelaki dipercayai penghantar makanan sebuah syarikat kurier menghambur kata-kata kesat dan berbaur perkauman kepada seorang kakitangan restoran.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -perkauman-di-falim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.091602 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list