CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Tindakan tidak wajar, memalukan'

[Copy link]
Post time 16-5-2023 05:28 PM | Show all posts |Read mode

Kapal KD Selangor.

Kuala Lumpur: Pesara tentera menyelar tindakan pempengaruh dan pencipta kandungan TikTok, Zuraidah Nasir yang memperlekehkan selain berpelakuan kurang sopan ketika berada di atas kapal KD Selangor milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Seorang pesara TLDM yang mahu dikenali sebagai Mr A berkata, walaupun wanita terbabit sudah bertemu dengan Panglima Armada Timur TLDM untuk permohonan maaf, namun perlakuan itu adalah tidak wajar.

"Ia adalah Kapal Diraja (KD) ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri, jadi kita perlu menghormati kapal serta perlu menjaga adab.

"Sedangkan kami ketika ingin naik kapal perlu memberikan salute (tabik) kepada kapal terlebih dulu sebelum naik, tindakan itu amat tidak wajar, "katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kejadian itu perlu dijadikan pengajaran oleh orang awam supaya menghormati aset ketenteraan negara.

"Ia adalah soal adab, walau di mana kita berada kita perlu menghormati dan mempunyai etika, "katanya.

Semalam, pempengaruh itu tampil memohon maaf selepas memuat naik video yang memperlekehkan kapal KD Selangor milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Zuraidah atau dikenali dengan Eyda, 34, bersama tiga individu lain telah bertemu dengan Panglima Armada Timur TLDM, Laksamana Madya Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar di sini hari ini bagi menyampaikan permohonan maaf berkenaan.

Proses pembikinan video yang dirakam pada 30 April lalu sempena Hari Terbuka Armada dan Ulang Tahun TLDM ke-89 itu juga tidak membabitkan mana-mana anggota TLDM.

Dua video yang berdurasi 59 saat dan 12 saat itu dimuat naik melalui akaun bernama zuraidahnasir pada 9 Mei lepas menjadi tular dan mendapat kecaman netizen berikutan perlakuannya yang memperlekehkan selain berpelakuan kurang sopan ketika berada di dalam aset TLDM itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dak-wajar-memalukan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.069885 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list