View: 778|Reply: 2
|
Kes cerai belum selesai, Ari Wibowo masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil dengan isteri
[Copy link]
|
|
PELAKON Ari Wibowo mendedahkan dia dan isterinya, Inge Anugerah masih tinggal serumah dan tidur bersama meskipun mereka kini dalam proses bercerai.
Kata Ari atau Raden Arianto Wibowo Wirjodiprodjo Ali Mustopo, 53, selagi pihak mahkamah belum memutuskan mereka sah bercerai, dia tetap akan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Malah aktor ini juga tidak pernah ambil peduli akan kritikan sesetengah pihak yang menganggap mereka tidak lagi wajar tinggal bersama.
“Saya tidak pernah komen-komen orang yang bertanya soal kami masih tinggal bersama sedangkan mahu cerai.
“Saya sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab dan selagi belum ada keputusan dari pihak pengadilan saya akan menjalankan tugas sebagai suami.
“Apa yang berubah mungkin perasaan sahaja seperti sakit hati atau menyesal,” katanya ketika hadir di mahkamah bagi sebutan kes cerai mereka pada Isnin.
Tambah Ari mereka akan menetapkan menjalani kehidupan masing-masing selepas sah bercerai nanti.
“Belum ada keputusan mahkamah lagi. Kalau sudah selesai, dia (Inge) buat apa sahaja atau bersama siapa sahaja, itu urusannya kerana kami bukan lagi suami isteri,” ujar.
Ari memfailkan cerai terhadap Inge pada 3 April lalu selepas 17 tahun mereka mendirikan rumah tangga.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kenco dan Marco.
Sumber : mstar
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmm... Mamat ni masa muda nmpk ganteng gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tetap hot walaupun dah tua |
|
|
|
|
|
|
| |
|