CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 0

[Perak] Lima beranak nahas kemalangan dikebumi dalam satu liang lahad

[Copy link]
Post time 17-5-2023 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Padang Rengas: Lima beranak yang maut dalam nahas di Kilometer 310.2 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan dekat Kampar, awal pagi tadi selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Panjang, di sini, kira-kira 6.50 petang tadi.

Jenazah Azriyani Abdul Latif, 45, bersama empat anaknya iaitu anak sulungnya, Muhammad Azib Nasaruddin, 23, anak keenam Siti Nur Aminah Nasaruddin, 8, anak ketujuh Muhammad Fawwaz Nasaruddin, 7, dan anak bongsunya Ahmad Uwais Al Qorni Nasaruddin, 5, dikebumikan dalam satu liang di perkuburan itu.

Terdahulu, van membawa jenazah mereka berlepas dari Hospital Kampar dan tiba di Masjid Al-Hadhari, di sini, kira-kira jam 5.11 petang tadi sebelum disolatkan di masjid berkenaan oleh kira-kira 600 jemaah.

Ratusan hadirin termasuk saudara-mara dan rakan kenalan turut hadir ke masjid itu bagi memberi penghormatan terakhir dengan sebahagian daripada mereka turut mengiringi hingga ke perkuburan.

Dilihat hadir ke majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lubok Merbau, Azizi Mohamed Ridzuwan.

Nahas kira-kira 2.27 pagi tadi yang mengorbankan lima beranak itu terjadi apabila kereta Proton Saga dinaiki mereka yang dipandu Muhammad Azib melanggar belakang sebuah lori muatan tanah yang dibawa perlahan di lorong kiri jalan kerana jalan mendaki di kawasan berbukit.

Lima beranak itu dikatakan dalam perjalanan dari rumah mereka di Kuala Kangsar menuju kampung Azriyani yang terletak di Tapah Road, Tapah, untuk membawa bapa kepada Azriyani ke hospital bagi menjalani pemeriksaan yang dijadualkan hari ini.



https://www.hmetro.com.my/mutakh ... liang-lahad-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.035332 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list