CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 182|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Permohonan pasport dalam talian sepenuhnya di tiga cawangan mulai 1 Jun

[Copy link]
Post time 17-5-2023 10:20 AM | Show all posts |Read mode

SAIFUDDIN memeriksa perbarisan ketika Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sambutan Hari Raya Jabatan Imigresen di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah.

Putrajaya: Urusan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa di tiga pejabat imigresen - Kajang, Kelana Jaya dan Wangsa Maju - akan dijalankan secara dalam talian sepenuhnya bermula 1 Jun ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata dengan pelaksanaan permohonan secara dalam talian sepenuhnya menerusi sistem MyOnline Passport itu, kategori pemohon yang berusia 13 hingga 59 tahun untuk urusan pembaharuan pasport tidak lagi diterima di kaunter atau secara jumpa terus di ketiga-tiga pejabat berkenaan.

Bercakap dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Imigresen (JIM) Bagi Tahun 2022 di sini hari ini, Saifuddin berkata, pejabat imigresen lain masih menerima perkhidmatan permohonan pembaharuan pasport seperti sediakala.

"Ketiga-tiga pejabat cawangan ini dipilih kerana ia antara pejabat yang menjadi tumpuan di Lembah Klang dan mengeluarkan pasport tertinggi.

"Pejabat ini juga terletak di kawasan yang mempunyai liputan Internet yang baik justeru tiada alasan permohonan secara dalam talian tidak dapat dilaksanakan," katanya.

Ketiga-tiga pejabat itu bagaimanapun masih menerima permohonan di kaunter atau secara jumpa terus bagi permohonan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah; warga emas 60 tahun ke atas; bakal jemaah haji yang menerima tawaran Tabung Haji; pelajar berusia 21 tahun ke bawah yang menerima tawaran pengajian ke luar negara; orang kurang upaya; dan ahli keluarga yang mengiringi pemohon kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, katanya.

Bagi tahun ini hingga 12 Mei lalu, beliau berkata JIM mengeluarkan sebanyak 1.67 juta pasport dan daripada jumlah itu, sebanyak 464,725 pasport adalah daripada permohonan secara dalam talian.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... awangan-mulai-1-jun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.035375 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list