CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

[Terengganu] Cuaca panas: 6 jam keropok dah kering

[Copy link]
Post time 17-5-2023 11:46 AM | Show all posts |Read mode

SAMSIAH sedang menjemur keropok keping. FOTO Nazdy Harun

Marang: Cuaca panas ibarat rahmat buat pengusaha keropok keping kerana proses menjemurnya mengambil masa yang singkat.

Pengusaha keropok, Samsiah Mamat, 54, dari Kampung Sena Rendang dekat sini, berkata, dia bersama suami, Amran Harun, 57, mula menjemur keropok keping pada 8 pagi.

Menurutnya, proses menjemur keropok keping berkenaan mengambil masa lebih dua jam bergantung kepada jumlah keropok yang dihasilkan setiap hari.

"Jika jumlah ikan yang diproses banyak, secara tidak langsung waktu menjemur juga akan mengambil masa lama, oleh itu seawal 8 pagi saya bersama suami perlu memulakan kerja.

"Sekiranya kerja dimulakan lewat, bahang panas matahari akan mengganggu kerja menjemur keropok," katanya yang mengusahakan pembuatan keropok keping sejak 15 tahun lalu.

Menurutnya, cuaca panas sememangnya diingini pengusaha keropok sepertinya kerana hasil laut itu memerlukan cuaca panas untuk dikeringkan.

Katanya, keropok yang dijemur pada 8 hingga 10 pagi itu boleh diangkat pada 2 petang selepas dijemur kira-kira lima hingga enam jam.

Samsiah berkata, keropok yang dijemur di bawah cuaca panas terik juga akan menghasilkan produk yang berkualiti.

Amran berkata, dia hanya bergantung kepada cuaca panas dalam perusahaan membuat keropok keping dan tidak menggunakan mesin moden untuk mengeringkan produk yang dihasilkannya itu.

"Cuaca panas bermula sejak awal Mac lalu dan akan berlarutan hingga beberapa bulan sebelum tibanya musim peralihan monsun yang akan membawa taburan hujan.

"Saya sendiri pun tidak tahan untuk berada lebih lama di bawah pancaran matahari dalam waktu lama," katanya.

Menurutnya, lebih 130 kilogram ikan diproses setiap hari untuk dijadikan keropok dan cuaca panas seperti sekarang amat bermanfaat baginya yang bergantung sepenuhnya kepada cuaca panas.

Katanya, sekiranya cuaca tidak terlalu panas, keropok perlu dijemur semula keesokan hari dan adakalanya mengambil masa hingga dua hari bergantung kepada cuaca.

Amran berkata, cuaca panas yang dihadapi kini membolehkan keropok dijemur dalam tempoh enam jam saja dan risiko untuk berlakunya kerosakan pada keropok mungkin tiada.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -keropok-dah-kering
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.341020 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list