CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

[Selangor] Ramai cuba nasib beli tiket Coldplay hari ini

[Copy link]
Post time 17-5-2023 11:56 AM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA: Walaupun ramai yang gagal membeli tiket konsert Coldplay semalam, media sosial hari ini dihujani ‘serangan’ peminat kumpulan rock terkenal itu yang setia berada di depan tablet masing-masing bagi mencuba nasib.

Perkara itu terbukti apabila ramai yang memuat naik ciapan dalam Twitter dengan menaruh harapan dapat membuat pembelian sekurang-kurangnya bagi sekeping tiket.

Malah, ada pembeli yang sudah bersiap sedia dengan empat tablet seperti komputer riba, Ipad dan telefon bimbit bagi mengelakkan sebarang gangguan teknikal untuk memasuki portal pembelian tersebut.

Penjualan tiket semalam hanya dibuka bagi pemegang kad CIMB sahaja dan hari ini jualan tiket mula dibuka kepada orang ramai.

“Yang sudah beli tiket semalam itu, tak payahlah beratur juga,” komen seorang pembeli.

“Tengah beratur, tiba-tiba terbaca khabar angin Black Eyed Peas hendak datang jelajah,” kata pengguna Twitter.

“Semoga yang terbaik untuk kalian yang bertarung hendak beli tiket,” tulis seorang lagi pembeli.

Harga tiket bagi setiap zon dijual bermula dari RM228 hingga RM1,288 tidak termasuk caj lain bagi setiap transaksi.

Coldplay yang dianggotai oleh Chris Martin, Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion bakal mengadakan konsert buat kali pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 22 November depan.

Selain Malaysia, kumpulan yang berasal dari Britain itu akan mengadakan konsert jelajah yang diberi nama Music of the Spheres World Tour di beberapa negara Asia terpilih antaranya Taiwan, Jepun, Australia dan Jakarta.

https://www.utusan.com.my/nasion ... -coldplay-hari-ini/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.036313 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list