CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 238|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pembantu kedai mengaku miliki 122 gambar, video lucah

[Copy link]
Post time 17-5-2023 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Taiping: Seorang pembantu kedai didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki 122 gambar dan video lucah dalam telefon pintarnya, tahun lalu.

Muhammad Fitri Ishak, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur 'Atiqah Sapari.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki 67 gambar dan 55 video lucah dalam telefon bimbit di Hospital Taiping di sini, kira-kira jam 12.15 tengah hari pada 16 Februari 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Siti Hajar Sulaiman manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ng Wei Jun.

Siti Hajar berkata, serbuan dilakukan terhadap tertuduh susulan SKMM menerima aduan seorang wanita mendakwa tertuduh menghantar sebahagian daripada gambar dan video lucah terbabit kepadanya.

Dalam pada itu Wei Jun memohon hukuman terhadap anak guamnya diringankan, mengambil kira pendapatan tertuduh RM1,200 sebulan dan masih menanggung ibu, bapa serta adik berusia 23 tahun selain insaf dengan kesalahan yang dilakukannya itu.



Muhammad Fitri ketika berada di perkarangan Mahkamah Majistret Taiping, di sini, hari ini atas tuduhan memiliki puluhan gambar serta video lucah dalam telefon pintarnya, tahun lalu. FOTO MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI

Mahkamah kemudian menetapkan selain didenda RM5,000, tertuduh diperintah untuk menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mahkamah turut membenarkan barang kes terbabit dipulangkan kepada SKMM dan dilucuthakkan untuk dilupuskan setelah tamat tempoh.

Tertuduh membayar denda berkenaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... video-lucah-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.036580 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list