CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 286|Reply: 0

[Selangor] Ingat ‘pocong’ dalam kereta, rupanya baju sejuk putih

[Copy link]
Post time 17-5-2023 03:27 PM | Show all posts |Read mode

Jelas kelihatan, baju sejuk terlihat seperti 'pocong' di dalam kereta Axia tersebut.



PETALING JAYA – Seorang lelaki terkejut melihat kelibat ‘pocong’ yang sebenarnya merupakan sehelai baju sejuk yang diletakkan di dalam sebuah kereta perodua Axia tular baru-baru ini.

Menerusi video klip di TikTok yang dimuat naik Asyraf Adlan memaparkan baju sejuk yang berwarna putih telah disarungkan pada kerusi pemandu jelas seperti sosok seram tersebut.

“Sesiapa yang tinggal baju sejuk dalam kereta mohon jangan buat macam ini,” katanya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai juga seram melihat kejadian itu.

“Kalau aku lalu situ, dah pengsan atas simen,” kata Aeirel.

“Seramnya, silap-silap tuan badan terkejut sama,” komen Rinnisa.

Orang ramai juga ada yang mendakwa tindakan pemilik kenderaan itu sangat wajar bagi mengelakkan kecurian.

“Bijak sungguh, ni antara cara nak mengelakkan dari kecurian,” komen Filter.

“Orang nak mencuri pun jadi takut, seram sangat,” kata Zaitun.

“Bolehlah tiru ni, boleh elak penyangak-penyangak,” Fadzil.

“Lagi-lagi kereta perempuan, memang sesuai lah buat gitu,” sampuk Lina. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... a-baju-sejuk-putih/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035697 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list