CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1861|Reply: 22

Rezeki Terpijak! Beli 3 Rumah Di Sicily Hanya RM14.90 Je

[Copy link]
Post time 17-5-2023 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Bertuah sungguh wanita dari California ini yang mendapat rezeki terpijak apabila berjaya membeli tiga rumah terbiar di Sicily, Itali dengan hanya AS$ 3.30 (kira-kira RM14.90).


India Times melaporkan, Rubia Daniels iaitu ekspatriat Brazil berusia 49 tahun, membeli rumah itu pada 2019 sebelum ambil inisiatif membuat baik pulih.




RUBIA Daniels (kiri) membeli rumah terbiar dengan harga rendah. FOTO Agensi




Daniels bekerja dalam industri solar dan secara kebetulan dapat tahu ada rumah terbiar terbiar dijual dengan harga murah di Itali dalam usaha mengisi semula bandar terpencil di negara ini.


Berita itu menarik perhatian Daniels dan dia mengikut kata hatinya untuk membeli rumah berkenaan.


"Saya cari maklumat dalam masa tiga hari mendapat tiket kapal terbang, kereta sewa, hotel sebelum pergi," katanya.


Sebaik dapat tahu harga rumah berkenaan, Rubia bertolak ke Mussomeli iaitu sebuah bandar kecil dengan kira-kira 10,000 penduduk dan terletak berhampiran pusat Sicily, sebuah pulau di luar tanah besar Itali.


Daniels ada perancangan untuk tiga hartanah yang dibelinya iaitu antaranya menjadikan salah satu rumah sebagai galeri seni, manakala sebuah lagi dibangunkan menjadi pusat kesihatan untuk masyarakat.


Selepas membeli hartanah pada Julai 2019, Daniels terus menggerakkan kerja baik pulih dan pengubahsuaian.


Buat masa ini, bahagian luar bagi dua kediaman sedang diubahsuai namun pemulihan pusat kesihatan masih belum dimulakan kerana ada kekangan sebelum ini akibat Covid-19.






Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2023 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
berhantu kah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 09:13 AM | Show all posts
Dalam tempoh 3 tahun, hang kena renovate.
Tidak kalu, deposit hangus.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tu reno pulak beratus ribu gak habis hahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 18-5-2023 09:13 AM
Dalam tempoh 3 tahun, hang kena renovate.
Tidak kalu, deposit hangus.

Deposit tu satu tax kena bayar gak kan i baca dlm beribu gak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
whimsicalmusic replied at 17-5-2023 08:48 PM
berhantu kah?

Tak berhantu cuma rumah2 abandone kat kampung area kat italy sana soon sebab owner mubgkin dah mati lepas tu anak2 ssmua dah berhijrah.  Satu italy buat camni sebab nak populatekan kampung derang dr mati terus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2023 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena bayar wang perlindungan lagi ke don corleone.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 05:26 PM | Show all posts
Samerosie replied at 18-5-2023 09:23 AM
Deposit tu satu tax kena bayar gak kan i baca dlm beribu gak.

Ha'ah... jauh giler mahal dari rege umah.
Tapi tengok lorong-lorong antara umah tu macam seriau gak la.... tah ada pocong terpacak tepi dinding kena sergah boleh pitam woo.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2023 05:31 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 18-5-2023 05:26 PM
Ha'ah... jauh giler mahal dari rege umah.
Tapi tengok lorong-lorong antara umah tu macam seriau g ...

pocong mana ade kt negara org putih


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 18-5-2023 01:33 AM
Tak berhantu cuma rumah2 abandone kat kampung area kat italy sana soon sebab owner mubgkin dah mat ...

Nanti kampung kat terengganu mcm ni jugak kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 05:34 PM | Show all posts
sicily tmpt asal sophia dlm golden girls



sape tau ni jgn lupa beli esteloder night cream
memerlukan sgt dh nmpknya tu

cc @dudaberhias



Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 05:36 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 18-5-2023 05:31 PM
pocong mana ade kt negara org putih

Ok... tukau Annabelle.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 05:39 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 18-5-2023 05:26 PM
Ha'ah... jauh giler mahal dari rege umah.
Tapi tengok lorong-lorong antara umah tu macam seriau g ...

Haip pocong mende, hantu omputih tak takut sangat mcm ni...


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 05:41 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 18-5-2023 05:34 PM
sicily tmpt asal sophia dlm golden girls

iols salah sorang yang tak faham... lepastu iols google2 la golden girls.. oh gitu...

jangan lupa yang pernah tengok movie tu pakat2 berjemaah ke konter esteloder esok dan titik tiap2 malamn kat muka supaya tampak muda...

kalau takdok pitih boleh main kutu dulu atau tunggu duit zakat masuk... melebihi harga 30 bijik rumah kat syphillis... boleh la gebang klem kata ada reta setaraf beli rumah 30 bijik kat sana


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 05:42 PM | Show all posts
gigahertz replied at 18-5-2023 05:32 PM
Nanti kampung kat terengganu mcm ni jugak kan

I akan jadi orang pertama beli 2-3 bijik....hehe lepas tu i buat resort lepas tu u datang la i bg discount forumer cari 10% ... lebih2 tk boleh nanti i bengkrap.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 05:45 PM | Show all posts
Jepon pun ada masalah lebih kuang macam ni gak. Abandoned village.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2023 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 18-5-2023 09:42 AM
I akan jadi orang pertama beli 2-3 bijik....hehe lepas tu i buat resort lepas tu u datang la i bg  ...

U Tinggalkan utk i sikit. I dtg bawak perut je
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 11:28 PM | Show all posts
Tax mesti mahal jika tidak camana pembangunan tempat tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2023 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 18-5-2023 05:32 PM
Nanti kampung kat terengganu mcm ni jugak kan

Kg kt mana? KT ke daerah lain?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2024 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 18-5-2023 05:39 PM
Haip pocong mende, hantu omputih tak takut sangat mcm ni...

tu bukan mamat journalist james may top gear ke? blkg dia hantu ke
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.429080 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list