View: 198|Reply: 0
|
[Kelantan]
Enam kes kesihatan berkaitan cuaca panas di Kelantan
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
Kota Bharu: Kelantan merekodkan enam kes masalah kesihatan yang berpunca daripada cuaca panas pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-19 tahun ini.
Daripada jumlah itu satu kes membabitkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang disahkan akibat terkena strok haba.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Datuk Dr Izani Husin berkata, enam kes berkenaan menyebabkan mangsa terkena strok haba, kelesuan haba dan kejang haba.
Katanya, lima mangsa yang mempunyai masalah kesihatan akibat cuaca panas ini, mereka mendapatkan rawatan di hospital dan kembali sembuh.
"Bagi kes terbaru yang membabitkan kelesuan haba, ia membabitkan mangsa wanita berusia 34 tahun yang mendapat rawatan di hospital.
"Kelantan mencatatkan kes membabitkan masalah kesihatan akibat daripada cuaca panas paling tinggi berbanding Sarawak lima kes dan Sabah pula tiga kes. Ini berikutan suhu di Kelantan pada masa ini berada di tahap berjaga-jaga iaitu antara 35 darjah Celsius hingga 38 darjah Celsius," katanya ketika ditemui pada sidang media di Pejabatnya di Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Dr Izani berkata, kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.
Beliau berkata, kumpulan yang berisiko menjadi mangsa cuaca panas ini adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan fizikal di luar termasuk buruh, tentera dan polis.
"Begitu juga dengan golongan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah, penghidap penyakit sistem pernafasan, penghidap penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan kelenjar tiroid.
"Keadaan yang teruk boleh menyebabkan mereka mengalami dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan koma," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-panas-di-kelantan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|