CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 242|Reply: 0

[Kelantan] Pemasangan rel projek ECRL dijangka bermula akhir tahun

[Copy link]
Post time 18-5-2023 10:20 AM | Show all posts |Read mode

PEMBINAAN projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) membabitkan empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Kuantan: Kerja pemasangan rel projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Gebeng, di sini ke Dungun, Terengganu dijangka bermula penghujung tahun ini.

Pengurus Pembinaan Wilayah (Pahang) Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Khairi Khalid Abdul Rahman, berkata pemasangan rel itu membabitkan jajaran sepanjang 90 kilometer.

Katanya, tempoh pemasangan rel itu dijangka mengambil masa antara tiga dan empat bulan untuk disiapkan.

"Jentera dan peralatan dijangka tiba November depan dan pemasangan rel dijangka dapat disiapkan sepanjang 1.5 kilometer sehari.

"Pahang akan menjadi negeri pertama untuk kerja pemasangan rel di stesen Kuantan Port City di Gebeng hingga Dungun," katanya kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama ECRL di sini hari ini.

Sementara itu, Khairi Khalid berkata, pembinaan projek ECRL di Pahang membabitkan jajaran sepanjang 230 kilometer mencapai 43 peratus sehingga April lalu.

"Daripada keseluruhan jajaran di Pahang itu, 152 kilometer adalah laluan atas tanah, jambatan (43 kilometer) dan terowong (38 kilometer).

"Sehingga kini, kita dapat menembusi sebanyak 20 daripada 33 terowong di Pahang," katanya.

Projek ECRL yang membabitkan jajaran sepanjang 665 kilometer itu dijangka siap mengikut jadual ditetapkan iaitu akhir 2026.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bermula-akhir-tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.529374 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list