View: 2068|Reply: 33
|
[Politik]
KJ tanya PAS: Boleh tak kita berhenti bercakap pasal Coldplay ni?
[Copy link]
|
|
“Kalau tak nak pergi Coldplay, jangan pergi, that’s all (itu saja),” demikian pesanan dititipkan bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin buat pemimpin serta penyokong PAS.
Dia yang pernah menjadi menteri beberapa kali turut menyeru PAS agar mereka menghentikan desakan kepada kerajaan untuk membatalkan konsert siri jelajah kumpulan dari Britain itu yang dijadual berlangsung 22 Nov depan.
Khairy yang lebih dikenali sebagai KJ juga kelihatan bosan dengan polemik pro dan kontra yang berlangsung rentetan konsert tersebut, termasuk membabitkan "kawan-kawan" ahli politik itu dalam kalangan pemimpin PAS.
“Boleh tak kita berhenti bercakap pasal ini semua?
"Saya pun ada kawan-kawan dalam PAS. Konsert semua tak boleh… batalkan konsert,” katanya mengupas soalan diberikan kepadanya pada program santai borak bersama bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan, melalui podcast di YouTube semalam.
Untuk rekod, di sebalik kedudukan kanan Khairy dan Shahril dalam politik, kedua-dua mereka kini bukan lagi anggota Umno. Ketika Khairy dipecat daripada parti, Shahril pula digantung keanggotaannya.
Terdahulu Khairy diajukan soalan oleh Shahril mengenai tindakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mengalu-alukan kedatangan kumpulan yang didakwa sesetengah pihak sebagai menyokong LGBT itu.
Menjawab soalan itu lagi, Khairy berkata, memang wajar Anwar membuka ruang untuk Coldplay mengadakan persembahan di negara ini kerana ia satu perniagaan yang menguntungkan.
Bahkan katanya, dia sendiri sudah lama teruja untuk menonton konsert kumpulan yang terkenal dengan lagu Yellow dan Fix You itu namun 'tidak berkemampuan.'
“Kita di Malaysia agak ketagihan konsert. Selalu dia (Coldplay) bypass Malaysia, tapi kali ini kita dikejutkan dengan berita bagus, Coldplay datang Malaysia pada Nov.
"Saya tak pernah tengok Coldplay macam saudara Shahril sebab tu tunggu mereka datang sini. Saya bukan golongan T20.
“Adakah memberi kebaikan? Sudah tentu, ia adalah konsert besar. Kalau Coldplay tak main (adakan konsert) di negara jiran, orang dari negara itu akan datang ke negara kita, macam kita pergi Singapura.
“Silap-silap tiket kalau dah habis dalam 5 minit mungkin boleh tambah satu malam lagi. Mungkin, mungkin… dan kita akan dapat perniagaan….
"Itu yang kita perlukan, kita perlukan keterujaan,” katanya.
Tak berbunyi semasa jadi kerajaan
Semalam tokoh ulama PAS, Ahmad Dusuki Abdul Rani, mengaitkan beberapa bencana alam dengan penganjuran konsert Coldplay dan menganggap ia sebagai peringatan daripada Allah.
Ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat Nasrudin Hassan juga mahu kerajaan membatalkan konsert Coldplay yang dilabelkan persembahan tidak membawa sebarang kebaikan untuk negara, agama dan rakyat negara ini.
Nasrudin mempersoalkan jika tindakan kerajaan itu bertujuan mahu menyuburkan budaya hedonisme dan songsang di negara ini.
Sementara itu, Shahril berkata, dia pernah meminati dan menonton konsert Coldplay sewaktu menuntut di United Kingdom suatu ketika dulu.
Namun, katanya, ketika itu dia tidak berpuas hati dengan persembahan secara langsung dibuat band berkenaan.
“Sebabnya, saya tak suka live performance mereka. Saya hanya suka dua album awal diterbitkan, tapi lepas tu mereka dah jadi terlalu komersial, maaf kalau ada tak suka saya cakap begini,” katanya.
Shahril turut mempersoalkan mengapa PAS tidak mengkritik atau membatalkan beberapa konsert berskala besar pernah diadakan sewaktu parti itu berada dalam kerajaan.
“Ada konsert sewaktu PAS jadi kerajaan tapi ‘tak berbunyi’ pula. Ini satu lagi contoh mudah mengkritik, apabila serangan mereka tak melekat,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa nak pergi, itu pergilahMalaysia ni negara berbilang kaum dan agama
|
|
|
|
|
|
|
|
asudau replied at 19-5-2023 12:15 AM
sapa nak pergi, itu pergilahMalaysia ni negara berbilang kaum dan agama
Ntahnya. Pi Mekah pun dapat bala juga terowong runtuh la, jemaah mati kena pijak la. Eh aiols baru terfikir mende ni. Nak ja cakap depan2 muka Busumi. |
|
|
|
|
|
|
|
nanti wakil PAS kata mati di tanah suci semasa kerjakan haji dijanjikan syurga...mati kena pijak waktu konsert mati dalam keadaan hina.
|
|
|
|
|
|
|
|
kurang2 pas takat memekak je kan....
dia xde boleh paksa org x pegi.
ko dulu ble paksa2 org cucuk |
|
|
|
|
|
|
|
Sama saja die hard fans retis dengan lobai pas... Membalas 2x5 saja.... Kubur asing kan |
|
|
|
|
|
|
|
Kahkah KJ pun layan main sejuk.
Alaaa saja je menunggang isu ni semua demi politik laa
|
|
|
|
|
|
|
|
Kuranglah undi gelombang hijau untuk KJ nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg best sgt dgn COldplay ni yer....Lagu dorg yg aku layan Yellow dgn Hymn for a weekend jer.....ada lagi ke lagu2 dorg yg best utk dilayan? |
|
|
|
|
|
|
|
ini je isu paling senang
cuba panggil penyanyi arab buat konsert
mesti tak bising |
|
|
|
|
|
|
|
Alah relax la...selama ni pun ada je international artis buat concert kat malaysia ni...so this one just because coldplay banyak bunyik pulak. Michael Jackson pun pernah performed kat Malaysia ni, hidup je lagi tanah melayu sampai sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
PAS nak jadi coldplay sebagai modal politik? whats the problem? |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 19-5-2023 09:03 AM
Apa yg best sgt dgn COldplay ni yer....Lagu dorg yg aku layan Yellow dgn Hymn for a weekend jer..... ...
Viva la vida, the scientist, a sky full of star, something just like this, paradise, fix you, sparks, in my place, speed of sound, magic, higher power, let somebody go, up & up ni antara lagu² hit. Iolss minat jd rasa semua lagu dia best lah. Kalau tak minat tu mungkin akan rasa lagu² dorg tak best |
|
|
|
|
|
|
|
Ko kena bayangkan retis yang ko puja lah baru faham kegilaan ini. Itu pun kalau ada lah artis pujaan, kalau takde sampai kesudah ko tak kan faham. Boleh lah join Dusuki ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Isu coldplay nih bangkem tengok pemimpin tertinggi pas je yang mainkan.. ahli2 pas yang berstatus rakyat biasa kebanyakannya memilih untuk berdiam diri |
|
|
|
|
|
|
|
lemas duk baca, coldplay tu lagu ape je
xpnh dgr lagu dorg lah
tau 1 lagu je lah
tp sibuk laaa nk komen jugak
duhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Sbb diorg pemimpin pas le diorg bantah konsert Coldplay..itu tanggung jawab diorg sebagai pemimpin. At least diorg dh lepas tanggung jawab bila disoal kelak. Lagi pun negara ni ada kebebasan bersuara. Diorg cakap la apa yg diorg nak selagi x melanggar undang2 |
|
|
|
|
|
|
|
Beribear replied at 19-5-2023 11:04 AM
Viva la vida, the scientist, a sky full of star, something just like this, paradise, fix you, spa ...
Ok nnt aku try layan tgk.... |
|
|
|
|
|
|
|
grouper replied at 19-5-2023 12:25 PM
Sbb diorg pemimpin pas le diorg bantah konsert Coldplay..itu tanggung jawab diorg sebagai pemimpin. ...
xcakap salah. kalau cakap pon salah . entah kerja depa pembangkang bangkang je lah nanti org ckp xbuat kerj plak . tak kan nak setuju pulak haha wtvr |
|
|
|
|
|
|
| |
|