Dalam video yang dimuat naik di laman TikTok itu, Dr Malar menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan produk yang mampu memutihkan kulit kerana ia boleh mendatangkan bahaya.
Dia berseloroh mengatakan jika terlalu putih dan bercahaya, bimbang malaikat pun tak kenal.
IG
Kenyataan Dr Malar dengan mengaitkan isu ini dengan malaikat mendapat teguran daripada Maznah Daud yang memberi penjelasan dalam akidah Islam, Malaikat adalah mahkluk suci dan tidak pernah melakukan kesalahan.
Menutup bicara, wanita ini menasihati Dr Malar supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi nasihat dan tidak menggunakan istilah berkaitan agama bagi mengelakkan tersalah faham, salah sangka dan sebagainya.
Sumber: Murai