CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 242|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Polis jumpa pengusaha lubuk emas Kuala Pilah

[Copy link]
Post time 25-5-2023 05:04 PM | Show all posts |Read mode

POLIS mengadakan perjumpaan khas dengan pengusaha kedai emas dan pajak gadai yang dipengerusikan Amran. FOTO ihsan polis

Kuala Pilah: Polis mengadakan perjumpaan khas dengan pengusaha kedai emas dan pajak gadai di daerah ini susulan kejadian dua pembekal barang kemas disamun membabitkan kerugian RM1.8 juta, pada 4 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, harga emas yang murah sejak puluhan tahun lalu menyebabkan kedai emas di pekan Kuala Pilah, di sini, sering menjadi tumpuan pelanggan, terutama setiap hujung bulan dan hujung minggu.

"Di pekan Kuala Pilah sendiri terdapat deretan kedai emas dan sehingga kini sembilan kedai dibuka manakala terdapat dua kedai pajak gadai.

"Justeru, kami mengadakan perjumpaan khas dengan pengusaha kedai emas ini, semalam supaya menitikberatkan soal keselamatan termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan sebagainya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi 4 Mei lalu itu, dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang menyamun dua pembekal emas yang baru tiba di belakang sebuah kedai emas di Jalan Pasar Rabu, di sini.

Suspek melarikan dua beg yang dipercayai berisi barang kemas dianggarkan bernilai RM1.8 juta sebelum beredar menaiki kereta menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Amran berkata, perjumpaan anjuran Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah (BPJKKD) Kuala Pilah itu juga adalah salah satu inisiatif pihaknya menjalinkan kerjasama dalam perkongsian maklumat kejadian jenayah.

"Selain itu, ia sebagai perkongsian pendapat dan input dalam aspek pencegahan jenayah bagi mengekang peningkatan indeks jenayah khususnya dalam pentadbiran Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah," katanya.

Mengulas mengenai perkembangan siasatan kes samun berkenaan, beliau berkata, sehingga kini pihaknya masih menjalankan siasatan dan seorang yang ditahan sebelum ini sudah dibebaskan dengan jaminan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uk-emas-kuala-pilah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.034680 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list